Assalamualaikum Mothers,

Saya ingin kongsi satu aktiviti ringkas Aqeel dan saya buat bersama pagi ini. Sangat senang dan in sha Allah, beneficial for him.

Di antara buku-buku yang Aqeel sangat suka sekarang ialah:

Mr Men_Front Cover

Buku ‘Mr Men’ untuk bayi/toddler.

Dia tertarik dengan Mr Men series ni sebab kakak dan abang dia selalu cerita. Mereka belajar di sekolah.

Mr Men Series

Antara buku dalam siri Mr Men.

Mr Men

Ada banyak character dalam siri Mr Men.

Sebenarnya saya belum pernah lagi bacakan kepada mereka buku dari siri Mr Men, jadi tak boleh nak kongsi banyak. Saya cuma bacakan Aqeel buku Mr Men untuk bayi/toddler tersebut sahaja, jadi saya kongsikan apa yang kami dah buat ya. Biiznillah 🙂

Pagi ni, bangun tidur, Aqeel mintak saya bacakan buku Mr Men dia. Maka, saya bacakan sahaja. Dan saya perhatikan, dia dapat kenalpasti dan ingat beberapa character selepas saya bacakan, dan dapat ingat beberapa warna. Alhamdulillah! Maka saya berikan dia satu aktiviti tambahan – ambil gambar tanpa warna daripada ‘Mr Google’ :), ikut character yang ada dalam buku dia, dan jadikan worksheet. 🙂

Mr Men Coloring

Kemudian, saya minta Aqeel warnakan. Saya susun mengikut susunan dalam buku dia supaya mudah untuk dia ‘rujuk’. 🙂

Colouring 2

Saya dapati aktiviti ini dapat bantu Aqeel untuk praktis dalam beberapa ‘area’:

1. Belajar mengenal warnared, purple, pink, green dan sebagainya.

2. Untuk ‘match’ warna. Saya minta Aqeel ambil sendiri warna pensil (contohnya blue) di dalam kotak yang mempunyai banyak pensil pelbagai warna. Saya cuma nak tengok samada dia dah boleh ‘differentiate‘ warna atau tidak. Alhamdulillah nampaknya dah boleh buat sendiri.

3. Untuk memory. Menarik apabila saya sebut Mr Tickle, Aqeel beritahu warnanya orange, tanpe perlu lihat. Dan Mr Strong, warnanya red. Maksudnya sedikit sebanyak aktiviti ini dapat bantu latihan ‘ingatan’ untuk dia. 🙂 Dia juga dapat ingat nama beberapa character (saya kena baca nama baru ingat! hihi). Masha Allah, memang Allah jadikan budak-budak mudah untuk mengingat. TabarakAllah!

4. Praktis menulis/mewarna menggunakan pensil. Agak mencabar untuk dia. Saya biarkan sahaja dia nak warnakan banyak mana. Tak perlu warna keseluruhan pun takpa. 🙂

Practice Colouring

Jeng jeng jeng. Hasilnya!:

Hasilnya!

Hihihi! Dia warna sikit-sikit je! Takpe, asalkan bahagia anakku. 🙂

Selamat mencuba untuk ibu-ibu yang berminat! Sekejap je kami buat ni, tak sampai 5 minit! 🙂

Jazakumullahukhairan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.