Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, dalam beberapa bulan lalu, setelah menunggu 8 bulan, Azeem sudah mula membaca. Walaubagaimanapun, apabila kita sebut seseorang kanak-kanak sudah mula membaca, maknanya, dia di tahap ‘beginner‘, dan masih belum boleh lagi membaca secara ‘independent‘. Maka, saya perlu tolong dia untuk praktis, supaya dapat perlahan-perlahan kuasai skil membaca, berperingkat. Biiznillah.

Dan, saya perhatikan, Azeem tidak berapa gemar untuk duduk diam membaca atau menulis, tidak seperti kakak dia. Mungkin perbezaan ini disebabkan nature seorang lelaki. Allahu’alam. Dia lebih suka buat sesuatu menggunakan tangan, seperti lego, mewarna dengan warna air, buat eksperimen dan sebagainya. Atau aktiviti fizikal dengan pergerakan, seperti memanjat, main bola, berlari.. 🙂 Walaupun ada masa-masa yang dia suka untuk duduk membaca, tetapi secara amnya, dia lebih ‘prefer‘ aktiviti fizikal. Jadi, agak sedikit ‘mencabar’ untuk ajak dia praktis membaca.

Racing Car

Kalau buat aktviti macam ni – warna racing car, memang dia sangat teruja! Tak menyempat nak bukak kotak!! 🙂

Saya duk fikir dan cuba pelbagai cara nak tarik perhatian Azeem. Alhamdulillah, setakat ini, saya lihat ada beberapa cara yang dapat tarik perhatian dia. Salah satunya ialah –> Baca buku yang dia suka. Maka, untuk Azeem, sebelum beli buku, saya suka tunjukkan beberapa buku yang saya pilih (untuk pastikan buku-buku tersebut sesuai di tahap dia, dan mampu beli. Heheheh), dan minta dia pilih mana yang dia suka. Senang! Kalau buku yang dia tidak suka (contohnya macam Peter and Jane, dia memang tak suka), jenuh saya nak mengajak dia. Meh saya kongsikan buku pilihan kami ya. Alhamdulillah, saya lihat buku tu bagus untuk kanak-kanak di tahap Azeem, untuk praktis membaca.

Julia Donaldson's Phonics Story Collection

Buku dalam siri Oxford Tree. Mungkin dia biasa lihat siri ini di sekolah, maka dia berminat nak baca. Mungkin juga kerana ada bola di depan buku ni. 😛

Dalam pek buku ni ada 12 buah buku (6 buah buku Stage 1+ dan 6 buah buku Stage 2), iaitu untuk beginner yang boleh baca perkataan-perkataan yang mempunyai 3 huruf sahaja, seperti ‘bug‘, ‘mum‘, ‘top‘, etc, dengan mengeja secara phonics.

Bermula dengan buku yang ringkas (buku pertama), seperti ini:

Top Cat

Bilangan perkataan di’naik’kan secara perlahan-lahan untuk buku-buku seterusnya. Azeem sudah baca buku ke-6. Ini di antara kandungannya (bilangan perkataan lebih banyak daripada buku pertama yang saya tunjukkan di atas),

Mum Bug's Bag

Apabila Azeem membaca, saya perlu pastikan tiada gangguan, seperti mainan di tangan, bunyi TV, Ipad berdekatan, ataupun gangguan daripada adik beradik. Kerana Azeem mudah ter‘divert’ ke arah gangguan-gangguan sekeliling. 🙂 Dan saya juga perlu buat sesi tersebut ringkas, lebih kurang dalam 10-15 minit. Sebelum ni lagi cepat, 5 minit je. Hihihi.

Untuk buku ke-6 ini, saya sengaja minta dia eja juga. Kerana apabila dia masuk Year 1 dalam bulan September kelak, dia sudah perlu mengeja..

spelling

Saya sebut perkataan-perkataan yang baru kami baca daripada buku tersebut untuk dia eja. Azeem masih terbalik tulis b dan d, jadi saja suruh dia tulis b dan d juga. 🙂

Sticker

Dan saya rasa dia sangat teruja nak terus baca ialah kerana untuk setiap buku yang dibaca, ada disediakan satu sticker (memang dah siap dalam pek sekali). Siap ada carta! 🙂

Carta sticker

Dia suka sangat bila dapat sticker dan dapat tampal atas carta ni! Memang dia kira satu-satu! 🙂

Sticker

Yeaahh!! Itu lah salah satunya cara untuk saya tarik perhatian anak bujang saya ni membaca. Dulu, dengan Aleeyah saya tidak perlu buat begini. Dia lebih mudah untuk terima pelbagai jenis buku. Ya, lain anak, lain caranya. Jadi saya perlu ‘berkreatif’ sikit untuk cari sesuatu atau jalan yang sesuai dengan setiap anak-anak. May Allah help me. 🙂

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada ibu-ibu yang sedang berfikir-fikir bagaimana untuk tarik perhatian anak-anak, untuk praktis membaca. Jazakumullahukhairan!! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.