Assalamualaikum Mothers!

Hari ni, Alhamdulillah, kami cuba cara lain untuk mewarna – guna puffy paint! Pada mulanya, fokus utama┬ásaya buat aktiviti sensory play ini ialah untuk Aqeel, tetapi rupanya, anak-anak saya yang ‘not-so-toddler‘ pun sangat suka! ­čÖé┬áMengikut kajian, banyak faedah yang kanak-kanak perolehi┬ámelalui sensory play seperti ini. Ibu-ibu boleh lah dapat sedikit info tentang sensory play di sini ya:

Developing and Cultivating Skills Through Sensory Play

Bagaimana nak buat puffy paint? Senang je, cuma ada 2 bahan utama:

  1. Shaving cream.
  2. Gam cecair (liquid glue).

Puffy paint

Gaulkan sahaja kedua-dua bahan tersebut, maka jadilah puffy paint! Untuk lagi best, boleh je masukkan:

  • glitters atau
  • warna air (lebih baik guna warna yang gelap, kerana apabila bercampur dengan warna putih, paint tersebut akan jadi warna cerah).

Kami letak sedikit glitter. Saya tanya Aqeel, dia hendak buat apa.. Dan dia beritahu dia mahu buat snowman. Maka, saya tidak perlu tambah warna air. Saya cuma lukis 2 bulatan, satu awan dan ‘tanah’ sahaja di atas kad manila untuk dia ‘puffy paint’ snowman dia. ­čÖé

glitters puffy paint

Memang tujuan aktiviti ini ialah untuk sensory play, maka, warna pakai tangan saja! ­čÖé Bila tengok adik dia buat, Aleeyah dan Azeem pun datang join. Nak buat jugak! Mereka lukis sendiri snowman masing-masing.

warna

Aqeel ‘hiaskan’ snowman dia dengan pom pom, bow dan button. ­čÖé Tidak perlu letak gam dah, sebab campuran tadi memang dah ada gam.

hias snowman

Tadaaa!! Hasilnya!

snowman puffy paint

The 3D effect really made the kids excited! Lepas kering, Aqeel duk ‘cucuk-cucuk’ snowman dia ni dengan jari. ­čÖé

puffy paint

Dan sebenarnya, yang paling ‘semangat’ dan sangat teruja ialah anak-anak saya yang ‘not-so-toddler‘!

main puffy paint

Habis mereka ‘paint‘ satu kertas! ­čÖé Tangan pun mereka paint! Jadi snowman katanya.

puffy paint

Aleeyah dan Azeem sangat ‘enjoy‘ aktiviti ini! Maka, sensory play bukan sahaja untuk toddler, sesuai dengan kanak-kanak yang dah masuk sekolah juga! ­čÖé

enjoy puffy paint

Yeaah, inilah snowman puffy paint Aleeyah dan Azeem. ­čÖé

snowman puffy paint

The kids had sooo much fun! Alhamdulillah!

Selamat mencuba ye kawan-kawan ibu yang saya hormati! In sha Allah boleh pelbagaikan idea – buat pokok, bunga, atau apa sahaja. Banyak lagi idea untuk puffy paint di sini:

Pinterest: Puffy Paint for Preschool

­čÖé Jazakumullahukhairan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.