Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, bermula minggu lepas, saya cuba untuk buat aktiviti berdasarkan tema (thematic) dengan anak-anak di rumah. 🙂 Kami telah selesai tema pertama, iaitu tema yang mereka pilih sendiri – Dinosaur! Masha Allah seronok sangat rupanya bila kita buat aktiviti berdasarkan tema. Daripada tema tersebut, anak-anak boleh belajar macam-macam aspek dan bina pelbagai skil – belajar membaca, matematik, sains, art and craft, sensory play, dan banyak lagi! Kita cuma perlu ‘follow the flow‘ – lihat apa yang anak minat, dan di mana tahap kebolehan dan pemahaman mereka. In sha Allah saya cuba summarize apa yang telah kami buat minggu lepas dalam tema Dinosaur di masa hadapan. Biiznillah…

Dinosaurs in the House

Segala bahan rujukan dan ‘kajian’ anak-anak saya letakkan di ‘Discovery Corner’ 🙂 Meraka suka sangat main kat sini. Sampai ‘lembik’ dinosaur-dinosaur tu mereka main! 🙂

Tema seterusnya ialah – All About Me.

Alhamdulillah, tadi saya mulakan dengan Mr Aqeel. 🙂 Sesi persekolahan Aleeyah dan Azeem sudah bermula, maka masa agak sedikit untuk mereka ‘explore‘ tema kami yang baru ini, berbanding Aqeel yang masih ada di rumah. 🙂 Buat masa ini, saya cuma rancang aktiviti untuk Aqeel. Untuk Aleeyah, saya tumpukan kepada membaca dan memahami beberapa potong ayat Al-Quran yang berkaitan dengan penciptaan manusia, yang mana tidak dapat saya kongsikan di post ini kerana lari daripada topik. 🙂 Untuk Azeem pula, saya beri dia rehat dahulu, untuk dia sesuaikan diri dengan alam persekolahan. Dia baru masuk Year 1 (5 tahun) dan pertama kali naik bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Nampak penat sangat. Jadi biarlah dia stabil dahulu. 🙂 Ya, lain anak, lain pendekatannya kan?

anak balik sekolah

Azeem ‘terpengsan’ lepas balik sekolah. 🙂

Aktiviti yang saya rancang perlulah bersesuaian dengan umur Aqeel. Maka, saya buat topik ini dahulu – My Five Senses! Hari ini kami mulakan dengan deria BAU atau SMELL.

Salah satu aktiviti yang kami buat ialah –> Tea Bags Painting. Moh saya kongsikan bagaimana kami buat ye..

Tea Bags Painting

Saya gunakan 2 jenis tea bags yang mempunyai bau yang best! Supaya Aqeel dapat belajar bahawa dia menggunakan hidung untuk bau. 🙂

teh

Seperti biasa, untuk kita buat teh, saya rendam teh-teh ini dengan air panas dalam bekas yang berlainan. Tapi air sikit sahaja, sekadar untuk keluarkan aroma dan warna. Wangi sangat dua-dua teh ni! 🙂

Lepas dah suam-suam sikit, saya beri Aqeel ‘paint’ dengan tea bags ni!

tea bags painting

Aqeel ‘cop-cop’ uncang teh tu ikut kreativiti dia. 🙂 Dan masha Allah, bau wangi teh memenuhi ruang! Suka!

Oh ya, sekadar berkongsi. Sekarang, setiap kali anak-anak hendak mewarna menggunakan warna air, atau pun buat aktiviti craft yang agak ‘messy‘, saya beri mereka dulang setiap seorang. Senang nak bersihkan. 🙂

tea bags painting

Selain daripada bau yang wangi, teh-teh tersebut mengeluarkan warna yang cantik. Jadi dia suka juga! 🙂 Selain daripada belajar tentang deria bau, saya sertakan pengenalan kepada huruf ‘t’ dan bunyinya ‘ttt’ untuk Aqeel. Maka, sambil dia cop-cop, saya sebutkan ‘ttt’ for tea bags. Aqeel ikut apa yang saya sebut. 🙂

Inilah hasilnya! Tadaaaaa

tea bags painting

Ringkas dan mudah sahaja aktiviti ni! 🙂 In sha Allah dapat membantu anak-anak kecil kita kenal dan faham tentang deria-deria yang mereka ada. Dan ya, apabila seseorang kanak-kanak dibenarkan untuk membuat atau menghasilkan sendiri kerja-kerja kreatif mereka, in sha Allah ini dapat membantu mereka membina keyakinan diri. Mereka akan lebih kreatif untuk memilih peralatan (tools) untuk hasilkan sesuatu kerja kreatif dan berani untuk menghasilkan sesuatu daripada pemikiran mereka (tidak bergantung kepada idea dan teknik yang diajar oleh orang dewasa). In sha Allah. We just do whatever we can, and give whatever we can. The rest is with Allah, the One Who guides, and knows the unseen and seen. 🙂

Selamat mencuba kepada yang berminat! 🙂

Jazakumullahukhairan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.