Assalamualaikum Mothers,

Beberapa tahun sebelum ini, setiap kali saya masuk ke kedai buku untuk belikan buku anak-anak, saya pasti keliru…

“Buku apalah nak beli untuk anak?”

“Dia suka ke buku ni?”

“Sesuai ke buku ni untuk umur dia?”

“Buku ni boleh pakai sekejap atau lama?”

10 Tips Memilih Buku untuk Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun ke Bawah

Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah menjadikan aktiviti membaca bersama anak-anak sebagai satu rutin kami sekeluarga, saya dapat sedikit sebanyak ‘agak’ buku apa yang sesuai untuk dibacakan kepada kanak-kanak berusi 6 tahun ke bawah. In sha Allah saya akan kongsikan bagaimana saya pilih buku anak-anak dengan ibu-ibu yang saya hormati sekalian ye.. 🙂

Oppss, bagus juga untuk saya ‘mention‘, ini adalah buku-buku yang kita bacakan kepada mereka (sekiranya anak-anak tidak dapat membaca lagi). Dan juga sesuai untuk anak-anak yang sudah boleh membaca.

Secara Ringkas tentang Faedah Membaca kepada Anak-Anak.

Lebih awal kita perkenalkan buku kepada anak-anak lebih baik. Apa faedahnya? Di sini saya kongsikan 2 link yang beri penerangan ringkas tentang faedah membaca bersama anak-anak dan faedah anak-anak kita dapat membaca di awal usia. Anak-anak yang biasa membaca bersama ibubapa in sha Allah akan mudah belajar membaca. Tapi jangan stress ye kalau anak tak membaca lagi. Perlahan-lahan, we start from the beginning. In sha Allah.

5 Hidden Benefits of Reading for Kids

Benefits of Early Reading 

Ada banyak lagi faedah-faedah yang dikongsikan oleh guru, ibu bapa dan pengkaji di dalam internet dan buku-buku. Dan in sha Allah, apabila kita cuba sendiri, kita akan dapat rasai dan lihat faedah tersebut dalam diri anak-anak. Tetapi seperti biasa, kita tidak boleh terus mengharapkan hasil dalam sebulan dua. It took me 4 years to see the result in Aleeyah (untuk mula membaca). Tapi bukan lagi result sebenar. Saya rasa hasil sebenar mungkin 20 tahun akan datang. Allahu’alam 🙂 I don’t know. Bagi saya yang lebih penting ialah saya cuba untuk melaksanakan apa yang saya mampu buat kepada anak-anak saya. The reward is from Allah! In sha Allah!

Aqeel Baca2

1. Material/Bahan.

Apabila seorang kanak-kanak baru diperkenalkan dengan buku, dia tak tahu apa itu buku. Saya lihat, sifat semulajadi seseorang kanak-kanak ialah, dia akan ‘explore‘ barang-barang baru yang dia temui. Salah satu cara dia ‘explore‘ ialah dengan menggigit, menghisap atau mengoyak! 🙂 Hihihi. Lama kelamaan, daripada pemerhatian dan praktis berterusan, serta peningkatan kematangan, in sha Allah seseorang kanak-kanak dapat faham fungsi sebuah buku –> untuk dibaca, bukan untuk dimakan atau dikoyakkan. 🙂

Maka, saya rasa saya tidak perlu sekat ‘minat’ anak-anak terhadap buku cuma kerana dia suka gigit buku atau koyakkan buku. 🙂 Memang sedih kalau dia koyakkan buku, terutama bila buku itu mahal! Hihihi. Jadi apa yang boleh saya buat ialah –> pilih bahan yang sesuai dengan ‘tindakbalas’ anak-anak.

Alhamdulillah, sekarang, buku bukan sahaja dibuat daripada satu jenis bahan – kertas, tetapi sudah dipelbagaikan untuk disesuaikan dengan umur anak-anak. Sekiranya ibu2 lihat anak-anak di dalam fasa ‘makan’ buku (hehehe), bolehlah beli buku jenis kain. Atau sekiranya ibu2 nak anak-anak main air sambil ‘baca’ buku, boleh lah belikan mereka buku yang menggunakan material plastik. Maka, kita boleh terus pupuk minat anak terhadap buku –> baca sambil makan! 🙂

buku kain

Buku kain ni anak-anak sangat suka masa mereka kecil sebab boleh tarik-tarik, gigit, main dan sebagainya. Bila kotor, boleh basuh. 🙂

Tahap seterusnya, anak-anak mungkin sudah kurang makan buku :), tapi nak mengoyak pula! Buku yang sesuai untuk fasa ini ialah yang jenis kadbod atau kertas keras. Maka, kuranglah potensi dia untuk koyakkan buku tersebut. Tapi, bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Aqeel dapat jugak koyakkan buku kadbod yang saya belikan untuk dia! Hihi. Takpe lah, sekurang-kurangnya mengurangkan kebarangkalian buku rosak sejurus selepas beli. 🙂

Sekiranya anak-anak ibu2 di dalam fasa koyak mengoyak, saya syorkan supaya ibu-ibu elakkan beli buku ‘flip-flap’ buat sementara waktu. Tapi, tak dinafikan, kanak-kanak sangat suka baca buku flip-flap. Mungkin kerana mereka mungkin sifat ingin tahu yang tinggi, maka benda-benda tersorok memang mereka suka nak explore! Dan sangat bagus sebenarnya buku sebegini.

buku flip flap

 Contoh buku flip-flap. 🙂

Alternatifnya (kalau nampak anak memang sangat suka buku flip-flap), ibu2 boleh juga pastikan buku tersebut dibaca semasa ibu2 ada bersama. Atau pilih buku jenis kain atau plastik. Saya lihat, anak-anak saya, semasa mereka di fasa ‘aktif mengoyak’, memang sangat ‘geram’ dengan flip-flap tersebut. Memang pantang lepa, hilanglah segala flip-flap! 🙂

Sekiranya anak-anak ibu2 yang saya hormati dah melepasi fasa makan buku, koyak buku dan sebagainya (hehehe), boleh lah terus beli buku jenis kertas yang biasa kita gunakan.

Dan sebenarnya, anak-anak kecil dalam fasa ‘makan dan koyak’ boleh juga diperkenalkan dengan buku kertas biasa. Bagus sebenarnya untuk dia belajar selak buku tersebut (kuatkan jari) dan bina asas membaca. Dan lama-kelamaan, melalui pemerhatian, dia akan faham bagaimana hendak ‘menggunakan’ buku apabila dia lihat cara kita membaca. Cuma, untuk mengurangkan risiko dikoyakkan (sedih kalau buku yang bagus dikoyakkan 🙁 ), saya selalu berada di samping anak apabila saya beri dia buku jenis kertas.

2. Banyak Gambar, Kurang Perkataan.

Saya suka pilih buku yang mempunyai gambar yang banyak, ayat ringkas. Terutamanya di tahap awal perkenalkan buku kepada anak. In sha Allah dalam point no 3, saya akan elaborate further. Ada 4 kebaikan kita baca buku bergambar untuk kanak-kanak:

  • Gambar menarik perhatian anak-anak untuk baca buku. Buku yang penuh tulisan tidak menarik perhatian kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, kecuali anak tersebut sudah boleh membaca dengan lancar. Walaubagaimanapun, saya lihat, Aleeyah walaupun sudah mula membaca novel ringkas, dia tetap suka baca buku bergambar.
  • Gambar itu sendiri dapat menceritakan jalan cerita buku tersebut. Kebolehan untuk faham gambar di dalam buku dan boleh untuk menceritakan kembali menggunakan ayat-ayat sendiri adalah salah satu kebolehan asas untuk anak mula membaca dengan kefahaman (bukan membaca tanpa kefahaman).

Buku

  • Senang untuk kita bacakan! Hihihi! Penat juga nak bacakan buku yang banyak ayat. Hahaha!
  • Boleh kembangkan idea dan membolehkan sesi diskusi dengan anak-anak. Saya lihat anak-anak saya suka beri pendapat tentang gambar-gambar yang mereka lihat dalam setiap buku yang kami baca. Sesetengah penulis/pelukis buku kanak-kanak memang sengaja melukis gambar yang tidak diceritakan di dalam buku, tetapi membolehkan anak-anak buat cerita sendiri. Contohnya ialah buku di bawah. Buku ini ceritakan tentang musang (fox). Tajuk buku ialah Fox’s Socks. Tetapi dalam masa yang sama ada tikus yang sering ada dalam setiap gambar. Saya tak perasan tikus tu pun, sebab tumpu pada musang. Tapi apabila saya bacakan, Aleeyah cakap pada saya, “Mama, look. The mouse takes the flower and wear it on it’s head!” MashaAllah, rupanya dia perasan benda yang saya tak perasan. Mungkin penulis tu memang sengaja buat begitu.. Ini adalah buku hasil tulisan Julia Donaldson dan Axel Scheffler.

Fox's Socks

Sebaiknya, pilih buku yang mempunyai gambar yang jelas, seperti buku Dora di atas, atau buku di atas ini. Buku yang mempunyai gambar terlalu ‘serabut’ tidak dapat menyampaikan jalan cerita kepada anak-anak. Ada juga buku yang beri pendedahan ‘art‘ awal kepada anak-anak seperti buku Eric Carle. Tetapi ia tetap mengekalkan konsep gambar jelas dan ringkas. Sesuai untuk kanak-kanak.

htt

Buku kanak-kanak yang bagus selalunya mempunyai ilustrasi yang dapat mengambarkan cerita yang hendak disampaikan.

3. Kebolehan Anak untuk Fokus.

OK. Ini saya kongsikan berdasarkan pemerhatian saya ya. Saya perhatikan, semakin kerap anak-anak saya membaca bersama saya, semakin meningkat kebolehan mereka untuk fokus. Faktor usia dan kematangan juga memberi impak. Contohnya, pada tahap awal, dia mungkin tak dapat nak habiskan satu buku. Atau mungkin dia cuma boleh fokus kepada buku-buku yang mempunyai ayat yang sangat ringkas. Maka, bila saya pilih buku, saya tidak boleh ‘too ambitious‘ dan paksa dia dengar buku yang mempunyai jalan cerita yang panjang. Ini akan membuatkan dia hilang minat untuk membaca.

Saya suka ikut ‘the flow‘. Pada tahap awal, anak-anak saya cuma boleh ‘terima’ dan suka sangat buku seperti di bawah ini. Ringkas, ayat pendek dan mereka boleh buat aksi! 🙂

htt in

From Head to Toe oleh Eric Carle.

Kemudian, Alhamdulillah, perlahan-lahan saya lihat mereka dapat tingkatkan fokus masing-masing. Mereka dapat duduk lebih lama dan hayati cerita yang dibacakan. Di samping itu, mereka suka ‘berbincang’ sesama sendiri tentang cerita tersebut dan kadang-kadang kaitkan dengan kehidupan mereka seharian. Sekarang saya sudah boleh untuk bacakan buku seperti di bawah ini dalam sesi membaca untuk kesemua anak-anak.

Monkey Puzzle

 Monkey Puzzle oleh Julia Donaldson dan Axel Scheffler. Salah satu penulis kegemaran kami. 🙂

Buku Monkey Puzzle mempunyai ayat lebih panjang. Beberapa bulan dahulu, Aqeel tak boleh nak sabar kalau saya bacakan buku sebegini. Hihi. Dia pasti akan selak, nak cepat habis. Hahaha. Alhamdulillah sekarang nampaknya dia boleh duduk dan dengar. 🙂

Semakin fokus anak-anak bertambah, semakin dia dapat terima jalan cerita yang panjang, dengan ayat-ayat yang lebih panjang dan kompleks. Boleh la beli buku macam ni pula:

Amelia Bedelia

 Amelia Bedelia’s First Apple Pie oleh Herman Parish and Lynne Avril.

Dan seterusnya, sekiranya ibu-ibu lihat anak-anak sudah lancar membaca dan suka baca buku, bolehlah mula beli novel-novel ringkas kepada anak-anak. Atau buku-buku fakta yang mempunyai penjelasan yang lebih mendalam. Saya lihat di sekolah, guru Aleeyah mula berikan dia novel ringkas sebagai latihan membaca, maka saya pun belikan untuk dia baca secara santai di rumah.

novel

Maka, sebaiknya, bila ibu2 pilih buku di kedai buku atau di perpustakaan, pilihlah berdasarkan tahap anak-anak. Tujuan kita ialah untuk memupuk minat anak membaca, maka sebaiknya buku tersebut boleh dibacakan terus dan anak-anak teruja nak dengar. Kita tidak boleh bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Even sesama anak-anak kita pun lain kebolehan masing-masing. Fokus in sha Allah dapat dipertingkatkan perlahan-lahan. 🙂

4. Minat Anak.

Apabila kita belikan buku yang mempunyai ilustrasi atau jalan cerita yang anak minat, in sha Allah dia akan teruja nak baca. Contohnya, Aqeel sangat minat penguin! Hihi. Hari tu saya nak ajar dia supaya cakap ‘PLEASE‘ bila minta sesuatu. Bukan main arah orang je. Hihi. Maka saya belikan dia buku berkait dengan ‘manners‘ yang mempunyai character penguin sebagai watak utama! Suka sangat dia baca, dan Alhamdulillah dia belajar perlahan-lahan guna perkataan ‘PLEASE’. 🙂 Dan kalau saya lupa cakap please pun dia ingatkan! 🙂

Penguin Says Please

Penguins Says Please

TAPI! Sebaiknya elakkan daripada terlalu ikut minat anak. Nanti secara tak sengaja kita terhadkan pilihan untuk dia menimba ilmu. In sha Allah dalam point nombor 10, saya ceritakan dengan lebih lanjut ya. 🙂

5. Apa yang Kita Mahu Anak Belajar?

Membaca untuk kanak-kanak kecil bukan sahaja bertujuan untuk ajar anak-anak membaca. Tujuan utama sudah pasti untuk anak-anak menimba ilmu dan belajar perkara-perkara baru. Saya lihat di antara cara terbaik untuk perkenalkan sesuatu perkara kepada anak-anak ialah dengan bacakan dia buku yang mempunyai informasi berkaitan. Buku tersebut pula sebaiknya dalam ‘bentuk’ yang dapat menarik minat dia. Ada beberapa perkara yang mungkin kita mahu anak belajar, seperti contoh:

Our Belief.

Saya seorang Muslim dan saya cuba didik anak-anak tentang Allah dan Islam, dari sekarang. Saya lihat salah satu cara yang berkesan untuk anak-anak faham tentang Islam ialah dengan bacakan kepada mereka buku-buku Islamik. Alhamdulillah, sekarang sudah ada pelbagai buku yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah – banyak gambar dan mempunyai ayat-ayat yang ringkas. Ini dapat menarik minat mereka untuk tahu lebih banyak tentang Islam. May Allah help us to be able to raise our children in the way that pleases Him.

Five Senses_Islamic

Emosi, Kesopanan dan Kesusilaan (Hehehe).

Saya juga suka belikan anak-anak buku-buku berkaitan dengan manners dan perkembangan diri. Seperti buku penguin yang saya tunjukkan di atas. 🙂 Ada satu ketika, anak-anak bujang saya suka sangat memukul, bertumbuk dan sebagainya. 🙁 Saya rasa tak sesuai juga kalau saya asyik buat ‘time out‘ atau sound mereka. Saya rasa, saya perlu cari puncanya, atau cuba selesaikan daripada ‘akar’. 🙂

Mungkin mereka tak berapa faham bahawa memukul itu tidak bagus. Mungkin.. Saya lihat, bagi anak-anak lelaki saya, apabila mereka tidak dapat ‘balas’ ‘serangan mulut’ (hehehe) kakak mereka, mereka akan gunakan tangan. Memang perempuan pandai berkata-kata daripada kecil agaknya. Hihi. Dan lelaki mungkin tidak dapat hendak ekspres diri melalui percakapan, maka mereka gunakan fizikal. Allahu’alam, itu apa yang saya perhatikan. Maka, saya beli buku ini dan bacakan kepada mereka semua. 🙂

20140922_080100-1

Saya rasa, lebih elok sekiranya mereka belajar apa yang baik, apa yang tidak baik daripada awal. Dan saya rasa cara berbincang dan bercakap dengan mereka tentang buruk dan baik sesuatu perkara memberi impak jangka masa panjang yang bagus untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, saya nampak dah kurang sikit aksi-aksi pukul memukul. Allahu’alam, masih awal hendak saya buat kesimpulan. May Allah help us to raise our kids to be well-mannered adults. Saya masih perlu baaannyyyaaak belajar tentang ini!

Time for a Hug

Buku tentang kasih-sayang ibu dan anak, sesama keluarga, hormat menghormati sesama manusia sangat sesuai untuk kita bacakan kepada anak-anak. Banyak lagi buku-buku sebegini di pasaran. Ibu2 boleh survey di kedai buku ya.

Fakta dan Pengetahuan.

Dahulu, saya ingat kanak-kanak kecil kurang sesuai untuk diperkenalkan dengan fakta dan pengetahuan. Rupa-rupanya sangkaan saya tidak benar. Kanak-kanak kecil memang sangat sesuai diajar tentang fakta dan apa sahaja pengetahuan yang hendak kita kongsikan. Cuma, caranya perlu ‘child-friendly‘. Kita tak dapatlah ajar mereka menggunakan buku universiti kita. 🙂 Sekarang, ada pelbagai buku fakta untuk kanak-kanak. Konsep yang sama seperti buku cerita –> banyak gambar, gambar menarik dan ayat yang ringkas.

belajar tentang badan

 Buku untuk mereka belajar tentang badan manusia. Ini salah satu buku kegemaran mereka!

Buku Dinosaur

Buku tentang dinosaur. Gambar jelas, fakta ringkas. 🙂

Bantu Bina ‘Skil’

Ada beberapa buku yang boleh bantu membina skil anak-anak, seperti contoh buku ‘I Spy‘, di mana melatih anak-anak kecil untuk membezakan bentuk-bentuk objek dan mencari objek-objek tersebut dalam gambar. Ini salah satu skil penting untuk membolehkan anak-anak membaca, in sha Allah.

I Spy

Maka, ibu2 boleh lah pilih atau cari buku-buku berdasarkan apa yang ibu2 rasa sesuai di ajar atau dikongsikan dengan anak masing-masing. 🙂 The choice is yours! 🙂

6. Books with Predictable Sentences.

Sebelum ini, saya pernah kongsikan tentang salah satu jenis buku yang sering digunakan oleh pendidik atau ibubapa untuk ajar anak-anak membaca, iaitu buku yang menggunakan perkataan berulang-ulang. Sekiranya ibu2 belum baca post tersebut, jemput baca ya..

How to Help Children to Learn Sight Words – Step by Step.

Ada juga buku-buku seperti ini yang sesuai untuk dibacakan untuk anak-anak, iaitu tidak mempunyai perkataan-perkataan terhad seperti yang saya kongsikan di dalam post sebelum ini (kerana itu untuk anak sendiri baca). Contohnya seperti buku di bawah ini (buku bertajuk Monkey Puzzle yang telah saya kongsikan di atas), satu ayat yang lebih kurang sama, atau dapat dijangka oleh anak di ulang-ulang pada setiap ‘scene‘.

Contohnya,

Scene ketiga dimulakan dengan ayat “No, no, no. That’s an elephant.”

Scene keempat… “No, no, no. That’s a snake.”

Scene kelima… “No, no, no. That’s a spider.”

Maka, kali kedua saya bacakan buku ini kepada Aqeel, dia sangat suka untuk sebut ayat pertama tu! In sha Allah, ini dapat bantu untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak kita. Apabila dia rasa dia dapat ‘baca’ dan terlibat aktif dalam sesi membaca (sebab dia dapat jangka), dia dapat lihat proses nak membaca ni bukanlah susah sangat. 🙂 In sha Allah mereka akan terus minat untuk belajar membaca sebab nak tau lebih banyak lagi. Biiznillah…

Aqeel baca

7. ‘Rhyming’ Books.

Dahulu, saya tak nampak sangat faedah ‘rhyming books‘. Tetapi sekarang baru saya nampak faedahnya. Apabila kita bacakan buku yang mempunyai ayat-ayat ‘rhyme‘, ia dapat bantu anak belajar tentang bunyi. Banyak sangat membantu anak-anak dalam proses belajar membaca. Contoh buku seperti ini ialah buku Fox’s Socks yang saya kongsikan di atas:

The shirt goes on.

“But my socks! They’ve gone!”

In a cupboard up high,

He finds his bow tie.

Buku Time for a Hug itu pun rhyme juga..

Time for a Hug

Banyak lagi di pasaran. Saya dapati memang banyak buku-buku (terutamanya untuk Toddler) yang menggunakan ayat-ayat yang ‘rhyme‘.

8. Melibatkan Deria

Pada usia awal, kanak-kanak cenderung untuk belajar menggunakan deria-deria mereka (rasa, bau, sentuh, dengar dan lihat). Selain itu, mereka juga suka sekiranya dapat terlibat aktif dalam sesuatu perkara. Sama juga dalam aktiviti membaca. Dalam setiap sesi membaca bersama anak-anak, saya cuba untuk benarkan mereka terlibat secara aktif. Salah satunya ialah dapat pegang buku sendiri dan ‘handle‘ serta explore buku tersebut sendiri.

Sesetengah buku memang dibuatkan khas untuk anak-anak menggunakan deria-deria mereka dan juga dapat terlibat secara aktif dalam sesi membaca. Selalunya, buku-buku untuk anak-anak berusia 3 tahun ke bawah. Seperti contoh, 2 buah buku yang saya tunjuk di bawah ini. Sekiranya ibu-ibu lihat anak kurang minat baca buku, mungkin boleh mulakan dengan buku sebegini. Boleh bawa anak ke kedai buku, dan lihat reaksi dia apabila ditunjukkan buku sebegini. Kalau minat, boleh belikan. 🙂

Touch

 Anak-anak saya sangat suka dapat baca sambil sentuh pelbagai jenis material yang diletakkan di dalam buku ini.

sound

Buku ini pula mempunyai bunyi. Jadi anak-anak suka main. Alhamdulillah, saya lihat Aqeel belajar nama-nama haiwan daripada buku ini. Pada masa itu dia belum boleh bercakap lancar. Saya suka sangat bila dia dapat sebut nama-nama haiwan tersebut. 🙂

9. Kebolehan Anak Membaca.

Dalam sesetengah sesi membaca dengan anak-anak, adakalanya, anak-anak saya (Aleeyah atau Azeem. Selalunya Aleeyah) kata, “Mama, let me read the book.” Saya suka bila dia cakap begitu sebab nampak sedikit sebanyak dia sudah yakin untuk bacakan buku untuk orang lain. Jadi masa Aleeyah di tahap mula membaca, saya belikan buku-buku ringkas untuk dia. Buku yang boleh digunakan samada dalam sesi belajar membaca atau sesi santai – membaca bersama adik-adik yang lain. Contohnya ialah buku seperti di bawah ini.

buku berperingkat

Walaubagaimanapun, seperti yang saya pernah kongsikan, dalam sesi membaca santai, sekiranya anak tidak dapat baca, tidak perlu marah mereka. Boleh berikan clue untuk bantu mereka sebut perkataan-perkataan tersebut, atau kalau mereka kurang selesa, bacakan sahaja. Sesi belajar membaca boleh dibuat pada sesi yang lain. 🙂

10. Kepelbagaian.

Ya, pelbagaikan pembacaan anak-anak. Dahulu saya suka belikan buku fiction (atau buku cerita) sahaja kepada anak-anak. Tetapi di sekolah anak, saya lihat guru-guru ajar anak-anak saya untuk pilih buku jenis yang berlainan – fiction dan non fiction. Selain itu, sekiranya anak minat princess, elakkan beli buku princess sahaja kepada dia. Hehehe. Bacakan buku yang pelbagai supaya anak-anak tidak terkongkong minda atau imaginasi cuma kepada perkara yang dia minat sahaja. Pengetahuan dan dunia itu luas. In sha Allah. 🙂

Kalau anak-anak marah bagaimana?

🙂 Sebenarnya anak saya pun sama. Aqeel suka sangat nak beli buku Ironman dan spiderman. Azeem suka nak beli Ninjago dan sebagainya. Tapi pada saya buku-buku tersebut tidak banyak beri faedah and informasi kepada mereka. Sekali sekali bolehlah, tapi bukan all the time.

Kalau mereka mengamuk kat kedai macam mana? Ya, saya biarkan je! Hihihi. Saya rasa nak disiplinkan anak kena tegas sikit. Hihi. Ini pendapat saya lah. Bila dah reda, baru saya terangkan kepada mereka kenapa saya tak belikan mereka buku-buku sebegitu. Alhamdulillah, saya lihat perlahan-lahan mereka faham.

Alhamdulillah!

Itulah 10 tips yang dapat saya kongsikan. Tak sempurna. Saya jemput ibu-ibu untuk berkongsi tips juga ya. Boleh kita belajar sama-sama! 🙂 Yang penting, setiap kali beli buku anak, kita perlu go through from cover to cover. Lihat jalan cerita, samada sesuai atau tidak dengan anak-anak kita. In sha Allah, bila lama-lama ‘praktis’ beli buku untuk anak, kita dapat agak jenis buku yang sesuai dengan anak-anak.

Semoga dapat beri manfaat kepada yang memerlukan. Enjoy reading with your little ones! 🙂

Jazakumullahukhairan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.