Assalamualaikum Ibu-ibu dan Bapa Sekalian,
Saya rasa, permasalahan ‘kurang penguasaan’ Bahasa Inggeris memang dah lama dibincangkan di Malaysia. Dan sebenarnya, memang sudah banyak dikaji oleh universiti-universiti tersohor di Malaysia.
Kajian menyatakan..
“Through extensive and multiple studies, it was found that Malaysian students do not seem to be able to attain reasonable English literacy even after going through 11 years of learning English in school (Naginder, 2006; Nor Hashimah Jalaludin, Norsimah Mat Awal & Kesumawati Abu Bakar, 2008).”
“There is a general pattern of dissatisfaction among students, educators, policy makers and the public regarding the teaching and learning of the language (Razianna Abdul Rahman, 2005; Rosemala Ismail, 2008).”

 

Gambar hiasan

 

Malah, lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris turut dialami oleh pelajar-pelajar universiti, yang menyukarkan mereka untuk memahami teks Bahasa Inggeris yang lebih rumit. Seterusnya, menjadi salah satu penghalang untuk dapat kerja, sebab selalunya, memang ‘fasih berbahasa Inggeris’ adalah salah satu ‘requirement’…Kan?
“In addition, studies focusing on English language proficiency among Malaysian university graduates also seem to resonate a feeling of uneasiness with the graduates’ level of English proficiency (Isarji Sarudin et al., 2008).”
OK..
Tak nak tulis macam nak tulis tesis. Hehehe.
Jadi kesimpulannya..memang masalah lemah berbahasa Inggeris oleh masyarakat Malaysia dah lama dikenalpasti dan terbukti.
Dan sebenarnya, secara jujurnya…
Saya adalah salah seorang graduan yang menghadapi masalah tersebut. Meh nak cerita sket…

 

Gambar hiasan. Apa yang saya rasa dulu bila nak ‘speaking’. Hehe.

 

Lepas saya tamat belajar, di UTM, Alhamdulillah saya dapat tawaran bekerja di sebuah kilang di Klang. Saya bersyukur sangat masa tu diterima walaupun cakap English tunggang terbalik masa interview. Hehehe.
Bila dah masuk kerja, setiap kali nak cakap English, memang rasa nak gugur jantung. Risau ada, malu ada, tak yakin pun ada… Tapi lama kelamaan, bila dah biasa dengar dan praktis, saya rasa lebih yakin nak cakap. Tapi masih rasa gementar sebab kurangnya keyakinan diri nak bercakap bahasa Mat Saleh tu.
Dipendekkan cerita, semasa saya bekerja di Klang, saya dipanggil untuk temuduga oleh sebuah syarikat ‘Oil and Gas’ antarabangsa. Jadi saya pergi je lah. Oleh kerana pada masa tu saya dah lebih setahun bekerja, jadi Alhamdulillah adalah sedikit keyakinan diri nak bercakap English. Bila lepas tahap ketiga interview, saya diambil bekerja. Alhamdulillah..
Dan..
Ha! Terus kena pergi Dubai untuk training dan terus tercampak ke Venezuela untuk diberi latihan bekerja di ‘rig’ di sana. Masa tu memang la sengsara sebab mana ada orang Melayu sangat nak cakap Bahasa Melayu! Oleh kerana terpaksa dan nak hidup, maka, berhabuklah cakap English masa tu. Hehe.
Sepanjang saya bekerja di syarikat itu, saya perhatikan, Mat Saleh sebenarnya bukan lah ‘power’ sangat berbahasa Inggeris. Ada yang ‘belasah’ jugak, asalkan orang faham. Tapi satu perkara yang mereka ada ialah – KEYAKINAN DIRI! Bila yakin, dan tak kisah pun dengan apa orang kata, in sha Allah boleh je bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Sumber: internet

 

Dan, masyarakat antarabangsa, terutamanya ‘native English speakers’, atau individu yang memang Bahasa Inggeris adalah bahasa pertama mereka (seperti Americans, Brits, Australians, dsbnya), faham yang English bukanlah bahasa pertama kita. Jadi, selalunya bila berkomunikasi dengan mereka, kita tidak perlu berasa tertekan untuk menjadi seorang yang ‘perfect’ berbahasa Inggeris. Mereka faham, dan selalunya lebih bertoleransi. Bila kita relax, in sha Allah lagi senang nak meluahkan idea dan ‘perasaan’. Semakin senang nak luahkan, semakin banyak kita dapat praktis. Semakin banyak praktis, semakin fasih dan kukuh penguasaan bahasa. Maka, tidak perlu malu atau takut buat silap. Langgar je awal-awal! 🙂
OK sekian cerita pasal saya. Maka, nak disampaikan, perkara yang sama perlu dipupuk kepada anak-anak kita – keyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris! Elakkan daripada asyik betulkan grammar. Nanti akan ‘turn off’ semangat dia nak bercakap. Dan elakkan daripada persendakan percubaan mereka untuk praktis bercakap. Semakin banyak mereka dengar dan praktis, semakin kukuh penguasaan Bahasa Inggeris.

 

Sumber: internet

 

Bila kita duk cakap pasal kebolehan bertutur, nak tak nak, memang kena tingkatkan kosa kata (vocabulary). Kalau ikut kajian pendidikan awal kanak-kanak, jumlah kosa kata adalah antara perkara yang penting dalam perkembangan bahasa.
Persoalannya, macam mana ye nak tingkatkan kosa kata Bahasa Inggeris? Tak cukup ke apa yang belajar di sekolah? Hmmm…inilah perdebatannya. Rupanya, nak tingkatkan kosa kata, ‘kaedah’ kosa kata diperkenalkan tu penting, dan bila ia diperkenalkan…
Jeng jeng jeng…
OK. In sha Allah, saya akan kongsikan sedikit demi sedikit… Macam mana kanak-kanak dapat kuasai kosa kata, melalui kajian para pengkaji pendidikan awal kanak-kanak. Bukan kata apa yang dipelajari di sekolah semua salah. Tidak! Tapi, mari kita kembangkan minda dengan pelajari teknik yang telah dikaji dan terbukti di luar negara. Ada 6 prinsip utama. Meh saya perkenalkan prinsip pertama..

 

Kanak-kanak belajar perkataan yang mereka dengar selalu. Ha, jadi macam mana ye kalau di rumah jarang berbahasa Inggeris? Ada caranya…In sha Allah akan dikongsikan dalam post seterusnya.

Stay tuned! Follow Muhsin Kids for more tips and info!

Leave a Reply

Your email address will not be published.