Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! 🙂

OK meh kita sambung pasal bagaimana nak tingkatkan kosa kata Bahasa Inggeris anak-anak, berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji pendidikan awal kanak-kanak. Boleh baca post yang lepas di sini:

6 Prinsip untuk Tingkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Anak Anda (1)

Sekali lagi, ingin saya kongsikan sikit, kenapa penting tingkatkan kosa kata dahulu, kalau kita nak anak kita pandai berbahasa Inggeris.
Salah satu sebab ialah..

 

 

Yes! Untuk anak faham aturan ‘grammar‘, dia perlu ada dalam ‘tabung minda’ dia sekurang-kurangnya 400 perkataan dalam Bahasa Inggeris. Kenapa ya saya ‘mention‘ pasal grammar ni… Hmmm..sebenarnya, banyak kajian mendapati bahawa satu kelemahan ketara para pelajar di Malaysia ialah penguasaan ‘grammar‘ dalam Bahasa Inggeris.
Saya petik beberapa pernyataan kajian ya..
Based on the errors in the students’ essays, the study concludes that the learners have difficulties in using correct English grammar in their writings.” ~ kajian oleh Marlyna Maros, Tan Kim Hua, dan Khazriyati (2007) ke atas 120 pelajar Tingkatan 1 di sekolah luar bandar di Pahang, Selangor dan Melaka.
Dan..
A study conducted on 315 Form Two students shows that the most obvious weaknesses of the students’ language ability lay in the area of grammar, particularly in the aspects of morphology and syntax. The study shows that students have problems with affixes and plural inflections as these linguistics variables do not exist in Malay language.” ~ kajian oleh Nor Hashimah Jalaludin et al. (2008).
Dan..
Saadiyah Darus and Kaladevi (2009) analyze 72 written essays by Form Four students in one semi-urban secondary school.  The finding of the study indicates that students generally have problems in applying correct grammatical rules in their writings.”

 

Sekali lagi, saya tak nak blog ni jadi macam penulisan tesis dan disertasi pulakkan? Hehehe. Tapi, saya rasa bagus untuk kita tahu apa hasil kajian para cendekiawan yang telah bertungkus lumus untuk mengkaji tentang realiti sebenar di dalam masyarakat kita. Thumbs up to them! 🙂
Jadi, kesimpulannya, ramai pelajar yang menghadapi masalah menguasai ‘grammar‘ Bahasa Inggeris, dan masalah ini terus dibawa sehingga ke peringkat pendidikan tertinggi..
Betul lah kata pepatah..
“Hendak melentur buluh, biarlah dari rebung!”

 

 

Sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak sangatlah penting, sebagai ‘kick-start‘ perjalanan pendidikan anak-anak. Satu perkara yang mungkin selalu diabaikan kerana pandangan masyarakat (bukan semua) yang melihat mendidik anak-anak kecil adalah satu perkara yang remeh. Dan yang lebih menyedihkan, tidak kurang juga yang memandang rendah kerjaya guru-guru tadika atau taska, yang pada mereka..
“Tak payah belajar tinggi pun takpe… Nak jaga/ajar budak-budak je pon!”
Tanpa mengetahui kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam menentukan kecemerlangan sesebuah negara! Ya! Negara!
OK. Cukup membebel. Hahaha.
Moh kita bincang pasal prinsip pertama.
Prinsip #1 – Children Learn the Words that They Hear Most.
Anak belajar perkataan yang didengari selalu. Tapi, macam mana nak buat anak banyak dengar Bahasa Inggeris? Okes…begini..
 
1. Bercakap dengan Anak
Bercakap lah dengan anak. Menggunakan apa sahaja bahasa yang anda selesa. Nak cakap Melayu boleh, nak cakap Kantonis boleh, Tamil boleh, Iban, atau apa sahaja bahasa pertama anda.
Aikkk?
Apa kaitan dengan tingkatkan Bahasa Inggeris?
OK. Ada kajian yang mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak ‘bilingual’ (dwi-bahasa) dalam mana-mana bahasa boleh merangsang perkembangan kefasihan dalam kedua-dua bahasa. Ini adalah kerana kanak-kanak tersebut dapat bina ‘pengetahuan’ untuk menguasai bahasa, yang dia boleh ‘access‘ kemudian apabila dia pelajari bahasa yang baru.
Saya cuba beri gambaran yang lebih jelas ya..
Gambar hiasan. Sumber: internet.
Bayangkan…
Kita bina sebuah bilik. Bilik tu dah siap. Jadi bila kita nak bina bilik yang lain, sangat senang sebab kita dah tahu cara hendak bina sebuah bilik. Atau kalau kita nak tukar fungsi bilik, yang mungkin pada asalnya sebuah bilik tidur kepada bilik mainan, adalah senang..
Berbanding..
Bilik tu langsung tiada! Atau separuh siap! Kan blur jadinya bila kita suruh bina sebuah bilik lagi!
Perkembangan bahasa anak anda sebenarnya berkait dengan perkembangan kognitif dia. Bila anak dapat peluang berkomunikasi – mendengar dan respon, berlaku perkembangan minda di situ..Macam dalam iklan. 🙂 Bila otak sudah tersedia, senang dia nak ‘gunakan’ untuk kegunaan di masa hadapan.
Kajian oleh Hart dan Risley (1995) mendapati bahawa perbezaan utama di antara ibubapa yang berpendidikan tinggi dan rendah ialah jumlah kosa kata yang dibualkan dengan anak-anak. Saya tidak berniat nak tulis dengan panjang tentang perkara ini, kerana ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
Tetapi, saya mahu ‘highlight‘ bahawa, kajian seterusnya mendapati apabila seorang kanak-kanak mempunyai kosa kata yang rendah, ia mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut serta kebolehan untuk membaca di masa akan datang. Perjalanan pembelajaran mungkin kurang ‘smooth‘ berbanding kanak-kanak yang didedahkan dengan suasana ‘kaya bahasa’.
Jadi teruslah bercakap dengan anak, sejak bayi lagi.
2. Bercakap dengan Anak dalam Bahasa Inggeris
OK, seterusnya barulah masuk Bahasa Inggeris. 🙂
Sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibubapa boleh berbahasa Inggeris, bolehlah berbual dengan anak dalam Bahasa Inggeris. Perbualan ‘LIVE’ lain daripada menonton TV. Bila berbual dengan ibu atau bapa, anak-anak dapat belajar skil berkomunikasi.
Bukan sahaja dia tambah tambah kosa kata, dia dapat ‘tangkap’ teknik bercakap dalam masa yang sama, iaitu bagaimana ‘adab’ untuk berbicara, tonasi perbualan, dan seni bercakap itu sendiri (contohnya, bagaimana hendak cakap apabila kita mahu sesuatu, tetapi tidak boleh memaksa orang untuk berikan barang tersebut kepada kita. Jadi perlu ada ‘persuasion skill‘). Dan seperti yang saya sudah kongsikan, perbualan dengan bayi dan kanak-kanak membantu perkembangan otak mereka dalam kelancaran dan kefasihan berbahasa.
Ada pendapat yang memberi saranan supaya ‘one parent, one language‘. Contohnya, ibu cakap Bahasa Inggeris sahaja. Dan bapa cakap Bahasa Malaysia. Jadi, anak dapat kuasai kedua-dua bahasa.
Sekiranya ibubapa dapat disiplin Alhamdulillah. 🙂
Bagi saya pula, saya tak dapat buat macam tu. Hehehe. Saya memang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan anak-anak saya. Tapi saya juga cakap Bahasa Malaysia dengan mereka. Saya rasa selesa begitu. Jadi, terpulanglah kepada ibu dan bapa bagaimana hendak mengatur perkara ini, berdasarkan kesesuaian. Supaya anak dapat belajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tanpa hilang identiti negara dia.
Macam mana pulak kalau ibu dan bapa kedua-duanya tak dapat bercakap dalam Bahasa Inggeris??
Jeng jeng jeng..Tunggu…… Akan saya kongsikan seterusnya. In sha Allah. 🙂
Stay tuned yo!

Ikut Muhsin Kids di Facebook dan muhsin.kids di Instagram untuk tips dan informasi berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. 🙂

Have a great day ahead! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.