Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Hari ni saya nak kongsikan booklet warna asas dalam Bahasa Inggeris untuk ibubapa dan guru-guru tadika. Saya juga masukkan pengenalan kepada ‘sight words‘ atau perkataan-perkataan yang biasa ditemui dalam ayat Bahasa Inggeris.

Kali ni saya perkenalkan 2 perkataan – This dan is.

Kanak-kanak belajar melalui ‘repetition‘ atau apabila sesuatu perkara ditunjuk/diperkenalkan kepada mereka berulang-ulang.

Maka, dalam booklet ini, perkataan This dan is diulang dalam setiap mukasurat. Tunjukkan (menggunakan jari telunjuk) setiap perkataan yang anda bacakan kepada anak ya, supaya anak boleh perlahan-lahan faham bahawa untuk membaca Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia, ayat bermula daripada kiri ke kanan. Ini dipanggil ‘print awareness‘.

Booklet ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Anak-anak berusia 3 tahun juga boleh gunakan booklet ini. Tetapi, untuk anak yang baru berusia 3 tahun, mungkin agak sukar untuk dia ‘trace‘ perkataan warna (red, orange, green, etc.). Jadi, tak perlu paksa ye. Boleh warna sahaja dulu, dan perkenalkan perkataan tersebut kepada dia.
Kepada anak-anak yang baru belajar menulis, saya sarankan dia diberikan krayon yang besar atau biasanya dipanggil ‘Jumbo’. Marker bersaiz besar juga boleh digunakan. Maka, jari comel mereka tidak sakit menulis…
Kalau anak dah ‘pakar’ menulis, bolehlah gunakan pensil biasa. Kalau nak anak lebih mudah ingat, boleh gunakan pensil berwarna mengikut warna yang diperkenalkan. Contohnya, untuk perkataan ‘red‘, tulis pakai pensil berwarna merah.
colour-words_muhsinkids
Ibubapa atau guru juga boleh guna pelbagai cara kreatif untuk bantu anak untuk ingat warna dan perkataan-perkataan yang diperkenalkan. Salah satu cara, boleh tulis semula perkataan-perkataan tersebut dalam kepingan kertas yang lain. Kemudian buat ‘game‘ untuk mereka padankan perkataan yang anda beri dengan barang-barang di dalam rumah.
Saya sarankan supaya ibubapa atau guru simpan hasil kerja anak supaya mereka boleh lihat semula selepas itu. Kira macam ulangkaji la. Hehehe. Tapikan, selalunya dengan kanak-kanak kecil, mereka yang teruja nak ulangkaji dan ceritakan pada kita semula apa yang mereka buat bila jumpa semula hasil kerja mereka. Betul tak?

Boleh download link di bawah ni.

Saya sediakan booklet yang boleh dicetak depan dan belakang. Print mukasurat 1 dan 3 terlebih dahulu. Kemudian boleh print mukasurat 2 di belakang mukasurat 1, dan mukasurat 4 di belakang mukasurat 3. Kalau nak save, print black and white pun OK.
 colours_mukasurat-1_muhsinkids
Mukasurat 1

colours_mukasurat-2_muhsinkids

Mukasurat 2
Oh ya, semua worksheet dan booklet yang dikongsikan oleh Muhsin Kids boleh digunakan di rumah atau di sekolah, dan boleh dikongsikan bersama kawan-kawan. Walaubagaimanapun, worksheet dan booklet kami TIDAK BOLEH dijual secara komersial atau dibukukan tanpa kebenaran Muhsin Kids. Anda boleh hubungi kami di muhsinkidseducation@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.
Have fun! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.