Hari tu kami (saya dan Aqeel) main teka bau!

Dulu, masa Aqeel kecik, kami pernah main permainan ni, dan subhanAllah dia masih ingat rupanya. Tapi pada masa tu dia tak boleh nak cam lagi bau-bau tu. Bole baca post lama tu di SINI.

img_2644

Kami main ni guna playdough yang mempunyai bau. Ada 4 bau – epal, lemon, oren dan strawberi. Yums! Memang menyegarkan minda!

Sebelum mulakan permainan teka bau (saya panggil smell challenge), Aqeel potong dulu ‘kad’ yang saya sediakan.

img_20161121_134211

Lepas siap potong, kami pun main! Sebab ada botol, jadi senang. Saya minta je Aqeel buka penutup dengan mata tertutup. Kalau nak tutup pakai kain pun OK. Lagi telus kot. Hihi.

Beginilah kami main….

Alhamdulillah Aqeel dapat teka kesemua bau dengan betul! Sebelum ini, semasa dia kecil, memang dia clueless nak teka. Maksudnya, deria kanak-kanak berkait juga dengan perkembangan otak mereka. Seronok bila perhatikan perkembangan kanak-kanak ni…  🙂

Sebab Aqeel jawab semua betul, saya kasi dia sijil! Suka sangat Encik Aqeel! Hehehe.

img_20161121_134050

Aktiviti ini ada Muhsin Kids masukkan dalam Sensory Exploration Box.

Selamat mencuba! Have a great day ahead with your beloved family!

Leave a Reply

Your email address will not be published.