ANAK YANG BOLEH SEBUT DENGAN BETUL NO 1 HINGGA 10 TIDAK SEMESTINYA PANDAI MENGIRA!

Ya,

Apabila anda perhatikan anak anda boleh menyebut nombor satu hingga sepuluh dengan lancar, mengikut susunan yang betul, tidak bermakna dia sudah tahu mengira.

Kanak-kanak biasanya mudah hafal bunyi dan lagu yang didengari. Maka, pada mereka, lagu mengira adalah sama seperti lagu-lagu lain.

Jadi salah ke kasi anak hafal?

Eh tak salah! Bagus je ๐Ÿ˜€!

Sekurang-kurangnya, sekarang dia sudah ada perkataan-perkataan nombor tersebut dalam ‘tabung kosa kata’ di dalam minda dia! Syabas ibu, syabas ayah! ๐Ÿ˜Š

Langkah seterusnya..

Perkenalkan dia konsep ‘one-to-one‘, seperti dalam video ini.

Satu ‘gumpalan’ playdough mewakili 1. Dan satu kotak mewakili 1. Untuk lebih mudahkan anak-anak faham..saya letak gambar buah oren sebagai panduan.

Jadi dia dapat faham asas mengira. Sebelum kita hendak bina sesuatu yang hebat, asasnya perlu kuat. Samalah seperti matematik. Asas kuat, konsep difahami, in sha Allah mudah untuk anak kuasai langkah seterusnya.

Bila boleh mula ajar sebegini?

Bila anak umur 3 tahun boleh mula dah. Buat secara santai je. Nak masukkan dalam ‘busy box’ mereka pun boleh.

Tapi ingat ya ibu2, ayah2..

Elakkan dari mengharap anak2 terus faham bila sekali tunjuk ye. Otak kanak-kanak masih berkembang. Mereka serap je dulu. Maka, terus je ajar mengira secara santai. Satu hari dengan selamba dia akan kira! ๐Ÿ˜Š Sabar adalah kuncinya. ๐Ÿ˜Š

Kenapa tak pakai buku je?

Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah belajar melalui interaksi langsung dengan fizikal dan deria mereka.

_std1881

Ilmu lebih mudah ‘melekat’ dalam minda. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Dan mereka lebih seronok. Skil motor halus pun dapat ditingkatkan!

Yang istimewanya, playdough oren dalam video ini berbau buah oren. ๐Ÿ˜ŠSelain daripada belajar matematik, anak dapat ‘stimulate’ deria bau dan kaitkan bau tersebut dengan apa yang dia lihat. Menjadikan pengalaman belajar lebih mudah diingati, in sha Allah.

Anda boleh buat sendiri..

Atau boleh dapatkan daripada kami. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti dalam Sensory Exploration Box, yang mana kami masukkan lebih daripada 10 aktiviti untuk anak anda belajar beberapa konsep asas matematik, asas huruf dan sains dengan menggunakan deria mereka. Klik Sensory Exploration Boxย untuk tahu lebih lanjut.

Selamat mencuba! ๐Ÿ˜Š Play means learn!ย ๐Ÿ˜Š

Leave a Reply

Your email address will not be published.