MIGO & ALI: Love for the ProphetsAn interesting book for children, to learn about the prophets of Allah!

front-page

Buku ini adalah hasil tulisan Zanib Mian, penulis buku kanak-kanak Muslim dari United Kingdom. Beliau terbitkan buku ini bersama ‘Dawah Project‘ dan disokong oleh ‘Islam Channel‘ di UK. Penerbit buku ini memperuntukkan 50 peratus daripada jualan mereka untuk tujuan kebajikan.

Saya hargai usaha penulis untuk mendapatkan ‘scholars‘ untuk menyemak kesahihan cerita dalam buku ini. Alhamdulillah!

I read the book and found it very beneficial for Muslim children. It is easy to read and understand. May Allah reward those behind it with the greatest of rewards.” – Sheikh Shady AlSuleiman.

The stories are narrated in an age-appropriate, attractive dialogue format which bring up searching and meaningful questions for both the children and adults to ponder over. The book is vividly illustrated with a gentle sense of humour running through the stories, the main characters (Milo & Ali) introduce special concepts then entice the reader into taking ownership of their learning and discovering more.”– Dr M.F ElShayyal.

OK! Apa yang best pasal buku ni?

Meh saya share pengalaman saya lah ye!

Sebelum ni, selalunya, saya bercerita dengan anak-anak, kisah para nabi, selepas saya baca Al-Quran (saya biasa baca dengan terjemahan). Kadang-kadang saya kongsikan secara ‘direct’ je dengan anak-anak, ayat-ayat Quran yang saya baca (dan terjemahannya), sebab saya rasa cerita-cerita dalam Al-Quran sangat seronok dibaca, dan sangat berkait dengan kehidupan harian dan cabaran hidup.

Walaubagaimanapun, mungkin kerana usia anak saya masih kecil, saya dapati, mereka kurang faham apabila mereka baca terjemahan secara langsung. Tetapi, bila saya bercerita, mereka ‘khusyuk’ mendengar! Tapi adakala, bila saya terlupa sikit jalan cerita (hehe, sebab kisah nabi, kebanyakannya diceritakan di dalam beberapa surah, bukan dalam surah yang sama, kecuali cerita nabi Yusuf a.s yang diceritakan sepenuhnya dalam surah Yusuf), maka, penceritaan jadi tersekat! Hehe. Itu kelemahan saya, belum hafaz Quran.

Ini Al-Quran terjemahan yang saya gunakan. Saya suka, sebab Hadith yang berkaitan dengan ayat yang dibaca disertakan sekali. Set ini ada 9 jilid.

Maka, lepas tu saya cuba cari alternatif. Supaya anak-anak saya yang kecil masih boleh belajar tentang para nabi.

Saya terjumpa buku ni – Tell Me About the Prohet, keluaran Goodwordkidz, hasil tulisan Saniyasnain Khan. MashaAllah saya suka details yang terkandung dalam siri tersebut, jadi saya beli 2 buku – Nabi Musa a.s dan Nabi Yusuf a.s!

TAPI

Jeng jeng!

Anak-anak saya yang masih kecil mungkin tidak dapat ‘hadam’ informasi yang agak banyak. Bila saya bacakan pun, mereka kurang nak fokus. Huwaaaaa!

Kalau lihat buku tersebut (seperti ditunjukkan di atas), banyak tulisan daripada gambar, jadi kurang sesuai dengan anak saya yang berusia 7 tahun ke bawah (dan mereka lelaki! Hehehe, sedikit lain minatnya daripada anak perempuan saya. Itu pemerhatian terhadap anak-anak saya. Lain kanak-kanak, lain ragamnya. Hihi). Tapi untuk anak saya yang sulung, yang dah berusia 9 tahun, buku seperti di atas dah boleh dah..

Maka, lepas tu, saya tetap mencari alternatif yang lain. Buku-buku Islamik yang sesuai dengan usia anak saya (ada yang masih berumur 7 tahun ke bawah).

ALHAMDULILLAH!

Alhamdulillah, terjumpa buku ni!

Ilustrasi dia menarik. Menarik perhatian kanak-kanak kecil! MashaAllah! Sebab ada Migo kot (watak beruang tu).

Bila dibaca, ayat pun sesuai dengan kanak-kanak. Mudah dan seperti sedang ‘bercakap’. Sesuai untuk saya bacakan sebelum mereka tidur. Alhamdulillah.

Cerita pun agak pendek. Walaupun cerita keseluruhan tentang para nabi tidak terperinci seperti buku Saniyasnain Khan di atas, tapi pada saya, cukup untuk beri pengenalan dan minat kepada anak-anak untuk tahu lebih lanjut tentang para nabi kelak. In sha Allah.. Selalunya, saya masukkan sedikit informasi yang saya ingat daripada pembacaan AlQuran dan buku di atas, untuk mereka tahu lebih lanjut. Mana yang saya ingat je lah.. Hehehe.

Tambahan pula..

Ayat yang agak panjang ditulis dengan pelbagai ‘font‘, yang saya rasa dapat elakkan kebosanan membaca, terutamanya bila anak kita baca sendiri buku ni. Sama macam kita bercakap. Kalau satu tone je…kan bosan? 🙂 Kena pelbagaikan tone barulah menarik perhatian pendengar.

Sama juga dengan buku. Untuk anak-anak kecil, ayat yang panjang lebar, mungkin menyebabkan mereka bosan sikit (kecuali anak tersebut memang kaki buku! Hehehe). Jadi, bila ada ‘font’ yang berlainan ni, fokus mereka dapat ditingkatkan. In sha Allah..

sample-page-1

sample-page-2

Ilustrasi sangatlah comey! MashaAllah!

Di akhir setiap kisah nabi, ada Question Time! Ali tanya, Migo jawab! 🙂 Anak-anak kita kan selalu ada pertanyaan dalam minda mereka, jadi in sha Allah mungkin ada beberapa soalan yang ada dalam minda mereka tu, dah dijawab dek Migo. Hehe. Selamat mak! 🙂

Walaubagaimanapun, secara jujurnya, saya ada terjumpa sedikit kesilapan ejaan, yang mungkin terlepas pandang oleh pihak penulis dan pihak yang bekerjasama dengan beliau. Tetapi, saya rasa, kesilapan yang kecil tu tidak begitu menjejaskan ‘the beauty of the book‘. Agak sukar hendak cari buku Islamik yang mesra kanak-kanak kecil seperti buku ini. May Allah reward the people who worked hard to materialize this book! 🙂

Let’s Comprehend!

Untuk tingkatkan pemahaman anak-anak terhadap cerita yang mereka baca dan dengar, saya suka buat aktiviti hands-on. Hari ni, kami buat bot! Selepas kami baca tentang kisah Nabi Nuh a.s semalam, saya beri mereka ‘challenge‘…

OK, let’s build boats tomorrow. What materials do you think we can use to make sure the boats float?”

Ha, mak kasi soalan KBAT sket!

Kemudian, anak-anak saya pun ‘brainstorm‘ tentang bahan-bahan yang boleh mereka gunakan. Sambil browse Pinterest! Datang lah idea seperti botol, span, kotak minuman, kertas, dan banyak lagi!

Dan hari ni, kami korek le bahan-bahan yang ada kat rumah. Dan mereka buat bot mereka sendiri! Alhamdulillah! Boat tu siap diuji dengan letak binatang, yang mereka buat dari playdough. Hihi. (seperti dalam cerita Nabi Nuh a.s.). Yang seperti dalam video ni penyu katanya. Hihi. Sepatutnya ada 2. Lagi satu berenang dalam laut! Hahaha.

Lepas letak binatang, yeay, bot mereka masih terapung! Invention berjaya! Alhamdulillah! Lepas tu mereka buat pulak bot pakai kertas. Terapung pada mulanya, tapi lepas letak ‘binatang’, tenggelam bot kertas tu! Now they can understand about the importance of material selection!

Lepas buat ujian bot ni, memang jadi macam ‘messy play‘ la tempat tu. Seronok depa main air! Tak dapat nak uji material lain dah. Main le anak-anak. Asalkan bahagia! Hehe.

Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan! 🙂

Buku ini boleh dibeli di Muhsin Kids. Klik tajuk ni untuk dapatkan informasi tentang harga dan cara pembelian  –> Migo & Ali: Love for the Prophets

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.