Bermula dari 20 Disember 2016, Muhsin Kids lancarkan minggu Dino Fun. Untuk berkongsi dengan ibu bapa macam mana hendak buat sesi pembelajaran bertema di rumah.

Yuk kita mulakan! 😊 Bismillah..

DINO FUN #1a (#muhsinkidsdinofun)

Apabila buat aktiviti bertema, saya suka mulakan dengan bacakan mereka buku yang berkait dengan tema..

Selalunya, saya cari idea daripada buku juga. Selain tu, boleh dapatkan idea dari Pinterest, Youtube atau Google je topik ‘dinosaur’ atau ‘dinosaur for kids’.

Memang kena buat homework sikit lah. Hihi. Tapi bila ada buku senang sikit. Banyak informasi yang kita boleh perolehi.


KENAPA saya bacakan buku?

1. Saya hendak anak saya biasa dengar pembacaan dan perbualan dalam Bahasa Inggeris. Ada banyak perkataan dalam buku yang mungkin tidak terkeluar dari mulut saya kalau saya tak baca. Hihi. Maklumlah, saya bukan mat saleh. 😉

Saya juga mahu mereka berani untuk berbicara dan berbincang dalam Bahasa Inggeris. Di sekolah, guru tak sempat nak buat semua ni. Maklumlah, ramai pelajar. Kesian cikgu. Saya cuma ada 4. Cikgu ada 40! 👍👍

2. Mereka dapat gambaran dan informasi tentang tema yang nak dipelajari. Contohnya, mereka dapat lihat rupa dinosaur. Bila dinosaur hidup (berapa juta tahun yang lalu), jenis2 dinosaur (mereka makan apa), apakah panggilan kepada profesional yang mengkaji dinosaur, di mana dinosaur ditemui dan sebagainya.

Sekiranya ada teori yang saya tidak setuju, saya ekspres kepada anak2. Contoh saya tidak setuju kepada teori evolusi yang bercanggah dengan apa yang Allah ‘reveal’ dalam AlQuran. Maka, saya bincangkan point itu juga.

Saya lihat, sekiranya tiada informasi yang diberikan, kebanyakan kanak-kanak blur. Umpamanya, kalau saya tidak pandai pandu kapal terbang, kemudian saya disuruh bawak kapal terbang! Ha, begitu lah..

Kanak-kanak perlu dibimbing step-by-step. Scaffolding namanya.

3. Ia beri peluang untuk mereka faham topik yang dibincangkan. Selalunya dalam sesi membaca, saya tidak bacakan je. Kami berhenti untuk bincangkan sesuatu perkara yang tidak difahami. Kadang2 saya sendiri tak paham! Muahaha!

Jadi kami rujuk resource lain, contohnya youtube video, educational website, buku-buku berkait yang lain, dan sebagainya.

MACAM MANA nak pilih buku?

Sambung sat gi na..Tak muat 😂

#muhsinkidsthematic

[copied and pasted from FB of Muhsin Kids]

Leave a Reply

Your email address will not be published.