Post yang lepas saya dah kongsikan kenapa saya suka bacakan buku untuk anak-anak. Boleh klik link di bawah untuk baca:

1. Kenalkan Apa itu Dinosaur Melalui Pembacaan

Skarang ni meh kita kenali JENIS buku yang boleh dibacakan dengan anak-anak kecil kita:

Buku FICTION

Buku fiction ni senang cakap ialah buku cerita. Untuk anak-anak kecil, mereka memang suka dibacakan buku cerita, sebab mereka suka berimaginasi.

Contoh ialah buku ‘When Dinosaurs Came with Everything‘ oleh Elise Broach. Buku ini ialah fiksyen tentang setiap kanak-kanak dalam bandar tu dapat dinosaur bila pergi shopping, pada hari itu! ๐Ÿ™‚ Beli donut dapat dinosaur. Pegi potong rambut dapat dinosaur! ๐Ÿ™‚ Hehe mak boleh jadi ‘dinosaur’ kalau macam ni! Hihi

Tapi yang menariknya, sambil-sambil cerita tu, penulis tulis sekali nama dinosaur, contoh macam triceratops, velociraptor, dan sebagainya. Menarik! Jadi, anak-anak boleh kenal nama dinosaur sambil dengar cerita!

Salah satu lagi contoh ialah buku ‘Oddsockosaurus’ oleh Zanib Mian. Buku ini agak berbeza, sebab penulis menceritakan tentang kisah seorang kanak-kanak yang men’cipta’ dinosaur-dinosaur baru mengikut imaginasi dia! Comel!

Dinosaur-dinosaur baru ini dicipta berdasarkan kelakuan dan sifat kanak-kanak tersebut, jadi bagus untuk bincangkan dengan anak tentang sifat baik dan buruk. Seperti tempoh hari, selepas sehari saya bacakan buku Oddsockosaurus kepada anak-anak saya, Azeem kata pada saya,

Mama, I am a tidysaurus today!” (dalam buku tu tulis tidyosaurus). Dinosaur tu bersifat pengemas. Jadi saya pun cakap,

“Haa. Mama suka dinosaur tu!” ๐Ÿ™‚

Dia cakap tu masa kami di Kidzania. Memang takde kena mengena pun dengan aktiviti hari itu, tapi tiba-tiba dia cakap je. ๐Ÿ™‚ Walaupun semasa saya bacakan tu, Azeem tak nampak begitu teruja berbanding adiknya Aqeel yang semangat mendengar. Tapi Azeem serap rupanya hampir semua cerita dalam buku tu! Azeem juga cakap,

The other dinosaur is not good. He pushes his sister.” Dia ingat pasal Tellafibasaurus!

Jadi, jangan risau ye ibu-ibu kalau nampak anak tak beri respon pun. Baca je. Saya dah nampak banyaaaak kali anak-anak saya dapat ‘recap‘ semula buku yang dibacakan walaupun masa saya baca, ada yang buat tak tau. Ikut personaliti anak kot. Sebab Azeem memang pendiam sedikit. Dia banyak mendengar. Adik dia Aqeel suka bercakap dan bergerak. Dan ikut ‘mood’ juga. Hehe. Mereka juga boleh ceritakan semula buku-buku yang dibacakan bertahun-tahun lepas! Jadi, memang tak pernah rugi kita bacakan buku-buku untuk anak-anak. In sha Allah.

Salah satu cara untuk kita bantu anak-anak untuk menghasilkan penulisan yang bagus ialah, dengan galakkan mereka membaca. Pelbagai buku. Maka, mereka ada baaaaannyyaaakk input berkualiti dalam minda mereka. Agak sukar nak hasilkan penulisan yang bagus, sekiranya dalam minda tiada apa..

Dan juga cakap dengan anak-anak, dengan perbualan yang berkualiti. Kata Alistair Bryce-Clegg dalam buku beliau ‘Get Them Talking, Get Them Writing‘,

Without quality talk, you will not get quality writing.”

Yes, mengajar anak-anak kecil, bukan sekadar mahu mereka membaca supaya mereka boleh membaca di Tahun 1 atau mahu mereka menulis huruf sahaja. Kita mahu hasilkan insan-insan masa depan yang berfikiran luas, yang suka kepada ilmu dan mampu menghasilkan tulisan yang berkualiti, tidak kira dalam apa sahaja bidang. So, teaching kids to read is actually beyond making and combining the sounds to make words..

OPPPS! Bila saya cakap ni, tak bermakna saya ibu yang perfect, anak saya baca buku setiap hari dan sebagainya! Hihi. I am strugglingย too! Dan saya cuba nak perbaiki apa yang boleh diperbaiki. Saya nampak, bila dah balik Malaysia, dan anak-anak sudah masuk sekolah rendah dan sekolah agama, agak sukar hendak lakukan aktiviti homeschool. Sebab anak-anak dah penat. Pembelajaran di sekolah di Malaysia juga tidak seperti sistem di sekolah antarabangsa yang lebih menggalakkan eksplorasi dan perbincangan. Hmm.. Another matter that I need to figure out myself. In to do list! Hehe.

Jom pegi balik kepada BUKU! ๐Ÿ™‚

Buku NON-FICTION

Selain daripada buku-buku fiksyen, anak perlu didedahkan dengan buku non-fiction, atau buku fakta. Terutamanya, apabila kita buat tema seperti ‘dinosaur’, buku-buku fakta memang dapat bantu kanak-kanak faham lebih lanjut tentang dinosaur. Melalui pengalaman saya, untuk anak-anak kecil, ada beberapa perkara yang boleh kita buat supaya mereka tertarik nak baca:

  • Cari buku fakta yang berilustrasi menarik dan mempunyai keterangan yang ringkas.
  • Buat aktiviti hands-on selepas baca buku tersebut, yang akan saya kongsikan dalam siri DINO FUN ini in sha Allah.
  • Kalau boleh, sertakan dengan buku yang interactive, seperti buku sticker yang saya tunjukkan di atas, di mana dia boleh gunakan jari-jari comel untuk cabut sticker tu dan tampal.

Pengenalan kepada buku fakta di awal usia, in sha Allah dapat memupuk sifat suka mengkaji dalam diri anak. Yang mana, supaya dia tahu, untuk menimba ilmu, bukan sekadar baca buku teks dan buat latihan dalam buku latih tubi. Ada berjuta-juta buku yang ada di pasaran untuk dipelajari. Dan mereka boleh ‘explore‘ tentang sesuatu topik kalau mereka minat untuk tahu dengan lebih lanjut. Menimba ilmu adalah tugas sepanjang hayat, terutama sebagai Muslim, yang kita tahu perjalanan di dunia ini cuma sebagai pengembara. Yang mana kita perlu terus belajar macam mana nak sampai ke destinasi tujuan tanpa terpengaruh dan tertarik dengan segala dugaan sekeliling di dunia..

Gituuuuu… ๐Ÿ™‚

Okes! Lepas ni saya sambung aktiviti dinosaur pulak! In sha Allah!

Jazakumullahukhairan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.