OK, Saya dah kongsikan yang sebelum kami mulakan sesuatu tema, saya selalu mulakan dengan baca buku supaya anak2 dapat gambaran tentang topik yang nak dipelajari, dalam masa yang sama dapat tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

OKES! Nak tunjuk dinosaur hidup macam mana, kami buat dinosaur land! Hehe. Kan ada dinosaur yang di atas darat dan ada yang boleh masuk air. Jadi dinosaur land ni saya gunakan untuk beri anak gambaran jelas..

Saya guna ‘tray’ IKEA yang boleh pusing-pusing tu. Apa namanya? Cake tray ek? Balut dengan crepe paper. Yang macam bukit tu bawah dia ada gumpalan surat khabar…pokok saya guna cotton bud dan pom pom. Apa ada kat rumah je. Hihi.

Saya suka pamerkan buku sekali. Jadi mereka boleh rujuk bila-bila mereka mahu dan ‘lepaking’ kat situ. 😊

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.