Masa saya buat tema dinosaur ni, anak-anak saya masih di bawah usia 7 tahun. Untuk kanak-kanak kecil, mereka memang suka hasilkan sesuatu dengan tangan mereka sendiri. Ini kerana, mereka belajar melalui deria. Bila mereka sentuh dan lihat, dan buat, mereka lebih mudah untuk faham dan ingat apa yang mereka pelajari.

Selain daripada itu, saya mahu bantu untuk mereka tingkatkan skil motor halus. Bila buat aktiviti origami dan kraf, secara tak langsung, mereka dapat kuatkan otot-otot jari mereka.

Walaubagaimanapun, aktiviti seperti ini perlukan ‘bantuan’ orang dewasa. Kadang-kadang, agak sukar mereka nak buat, terutama yang berumur 5 tahun ke bawah. Kadang-kadang, bila kanak-kanak sukar hendak buat sesuatu perkara, dia akan tantrum atau mengamuk atau merajuk tak nak buat. Hihi. Jadi, di situlah kita boleh bantu untuk tunjukkan kepada anak-anak, ‘support’ emosi mereka dengan terus beri semangat “You can do it. It is simple. Let me show you how..”

Masa saya buat ni, saya ambil jalan mudah. Masa tu, ada jualan murah di kedai buku tak silap saya, jadi saya beli je buku origami dinosaur ni. Hihi. Dah siap dengan penjelasan ringkas tentang setiap dinosaur, jadi kami labelkan dinosaur. Macam kat muzium.

Ada juga idea kreatif untuk buat kraf dinosaur di internet. Salah satunya di site di bawah:

http://www.dltk-kids.com/animals/dinosaurs.htm

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.