Hmmm..
.
.
Sebelum nak komen, saya nak kongsikan perjalanan saya dalam literasi awal kanak-kanak..
.
.
Saya berminat tentang literasi awal ni, sejak Aleeyah, anak pertama saya lahir..
.
.
Masa tu saya dah mula belikan buku cerita (sampai sekarang masih membeli, sampai dah boleh bukak library kat rumah. 😂)
.
.
Masa tu, saya banyak baca tentang anak boleh baca sejak bayi, atau umur 2 tahun..
.
.
Maka, saya cuba je lah kat Aleeyah..
.
.
Saya beli buku Glenn Doman dan aplikasikan apa yang diajar pada Aleeyah yang masih bayi…
.
.


Saya beli satu siri “My Baby Can Read”..
.
.
Saya beli siri Peter and Jane..
.
.
Semua saya cuba pada Aleeyah. Bukan sekaligus lah..One by one..
.
.
Tapi saya perhatikan. Aleeyah tak suka. Memang pada masa tu, saya dgr ramai orang dah berjaya di sana sini, buat anak mereka membaca guna kaedah2 tu..
.
.
Tapi saya lihat anak saya tak suka. Terdetik jugak. “Eh kurang pandai ke anak aku?” Haha..
.
.
Tapi intuisi ibu saya kuat katakan..Takpe, kalau anak tak suka, jangan paksa. Kecik lagi pun.
.
.
Pada tahun 2009, lepas saya letak jawatan sebagai jurutera, saya beli francais S**** R*****..
.
.
Di situ saya belajar tentang phonics dan word family (phonics pun ada mcm2 kaedah). Dan kaedah suku kata (untuk BM).
.
.
Alhamdulillah dapat peluang ajar ramai kanak-kanak dan lihat aplikasi sistem tersebut.
.
.
Masa tu juga saya belajar kenal Scholastic.. Satu publisher besar di dunia, yang banyak hasilkan buku2 literasi awal yang bersistem untuk anak2 kecil..
.
.


Pada tahun 2012, kami sekeluarga pindah ke Dubai dan anak2 dapat peluang masuk sekolah antarabangsa, diajar oleh cikgu2 Mat Saleh. 😁
.
.
Macam biasa, saya lihat dan belajar pulak sistem yang digunakan oleh UK untuk ajar anak2 membaca..
.
.
Mereka juga guna phonics. Ada sistem sikit, lebih kurang kaedah KGBK (kaedah gabung bunyi kata), iaitu mereka kenalkan huruf s, a, t, p, i, n dahulu berbanding a hingga z. Berdasarkan kajian, huruf mana yang banyak digunakan dalam English…
.
.


Dan di situ juga saya lihat sistem pendidikan yang ‘celebrate’ buku. Bukan sahaja untuk anak belajar membaca, tetapi untuk dapatkan ilmu daripada buku.
.
.
Saya belajar semua ni, dan applikasikan dengan anak2..
.
.
Tapi masih tak puas..
.
.
Saya teruskan membaca pula tentang cara mengajar anak kecil untuk faham apa yang dibaca, secara sistematik..
.
.
Itu yang mendorong saya untuk buat Master sekarang (may Allah grant ease)..Untuk faham lanjut lagi tentang perkara ni..
.
.
Dalam masa yang sama, saya berjinak pulak dengan siri Bacalah Anakku untuk ajar anak baca BM..
.
.
Dan Alhamdulillah, sekarang di UM, saya dapat belajar daripada Prof Emiritus Isahak yang bangunkan sendiri kaedah KGBK tu.
.
.
Jadi apa saya buat selama ni..sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu ialah..
.
.
Belajar je..
.
.
Belajar. Applikasikan (belajar tak apply, macam tak lengkap) dan Nilaikan hasilnya..
.
.
Setiap kanak2 lain…Ada anak sesuai dengan whole-word approach mcm yang dibangunkan oleh Glenn Doman. Ada yang tak suka..
.
.
Ada yang suka pada perkataan sejak kecil, jadi, bila kasi buku dia teruja nak baca. Ada yang suka buku, suka dengar cerita, tapi tak suka nak belajar baca masa mereka umur 3-4 tahun..
.
Jadi… CHILL..
.
.
Gunakan intuisi ibu dan guru yang Allah beri pada kita..
.
.
Lihat respon anak. Kalau anak suka, teruskan cara tu..
.
.
Kalau anak tak suka, kaji.. Cari alternatif. Jangan ‘stick’ kepada satu cara..
.
.
Lebih bagus kalau kita faham dan tahu, teori di sebalik setiap kaedah yang ada tu..Faham perkembangan kanak-kanak.
.
.
Maka, kita boleh applikasikan berdasarkan pengetahuan.
.
.
Dan OPEN. Belajar pelbagai kaedah. Dan gunakan kaedah paling berkesan, tapi dalam masa yang sama, fleksibel untuk buat kaedah lain, kalau ada pelajar/anak yang tak sesuai dengan kaedah ‘paling berkesan’ tu.
.
.
Takde kaedah yang ‘perfect’.
.
.


Dan akhir sekali, dosakah nak ajar anak membaca awal?
.
.
Kalau tanya saya…
.
.
Ajar je lah. Anak kita. Suka hati kita lah. Hahahaha.😃😃 Kalau kita tak cuba, kita tak dapat pengalamannya..
.
.
Contoh, kalau kita kata kat anak, “Panas cerek tu!” Dia selamba je pegang sebab tak faham panas tu apa. Tapi bila dah pegang, baru dia “auuu”. Baru dia faham rasa panas tu..dan tak buat dah. 😉
.
.
Again, belajar kenapa, mengapa, dan perhatikan respon anak. Jangan paksa. Encourage takpe. 😊
.
.
Let’s keep learning… The moment we think we know everything, that is the time when we stop learning…we stop progressing…
.
.
May Allah grant us beneficial knowledge. And share it with others. 😊😊

Leave a Reply

Your email address will not be published.