Jom Belajar Bahasa Inggeris Sambil Masak Cuti Sekolah ni! – CREATIVE LITTLE CHEF (7-10 tahun)
———————-

Kajian mendapati bahawa pelajar Malaysia tidak dapat menguasai literasi Bahasa Inggeris dengan baik, walaupun selepas 11 tahun mempelajari bahasa tersebut di sekolah (Naginder, 2006; Jalaludin N.H, Mat Awal N, Abu Bakar K, 2008).

Menarikkan? Kalau nak tahu, antara cabaran yang anak-anak kita hadapi ialah:

1) Kosa kata terhad.
2) Takut nak cakap Bahasa Inggeris. Walaupun di universiti, pelajar kita menghadapi masalah yang sama tau!

Bila kosa kata terhad, susah lah sikit nak jawab pemahaman dan tulis karangan. Kebolehan bercakap juga terhad, ditambah pula dengan gemuruh jiwaaaaa.. Hehehe.


Maka, kami nak tolong!

Jom buang rasa gemuruh tu! Kita tingkatkan keyakinan dulu. Kita pupuk minat. Bila anak yakin dan minat, mereka sendiri yang akan tingkatkan penguasaan, in sha Allah!

Cuti sekolah ni, kami (Muhsin Kids) dengan kerjasama pakar bakeri, Mawalicious akan anjurkan kelas santai untuk tingkatkan skill Bahasa Inggeris sambil masak! Wow! Macam mana tu?


Nak cerita panjang agak susah. Meh kami ringkaskan ya, apa kandungan program kami:

  1. Story Telling and Retelling.

Kita ubah ‘style’ belajar sikit – Bukan kami yang mengajar, tapi anak-anak belajar dari buku cerita! Contohnya, kelas ‘Pancake’, anak-anak akan dibacakan buku ‘Pancake! Pancake’ yang ditulis oleh Eric Carle.

Mereka akan belajar cara pembuatan pancake dan belajar sekali asal usul bahan yang digunakan. Contohnya tepung dari gandum. Nak dapatkan gandum macam mana? Bukan dari kedai tau, asal usul gandum! Hihi.

Kami juga mengamalkan kaedah interactive read aloud, maksudnya semasa dibacakan buku, anak-anak bukan dengar sahaja. Kami beri peluang untuk mereka beri pendapat, supaya dapat bantu anak berfikir dan bina kemahiran memahami teks.

Lepas selesai sesi bacaan, kami beri peluang mereka pulak cerita! Yeaayy! Perlahan-lahan kita buang rasa gementar tu ya! Kami akan pandu anak bagaimana hendak ceritakan semula dalam 5 langkah!

  1. Learn from the Expert.

Dah dengar cerita, moh tengok pulak! Belajar dari pakar bakeri Mawalicious macam mana nak buat pancake. Oppss! Takkan tengok je? Kami akan pandu anak-anak untuk belajar kemahiran menulis nota sambil cikgu ajar. Skill ni penting tau! Senang di sekolah dan universiti nanti, in sha Allah!

  1. Plan and Do It!

Dah dengar, dah tengok, jom buat sendiri! Dengar dan tengok sahaja tak cukup. Bila buat sendiri, anak lebih mudah faham dan ingat. Tapi takleh terus buat. Kena belajar merancang sebelum buat sesuatu k!

Dan kami percaya anak-anak mempunyai idea yang hebat! Jadi, kami beri peluang untuk anak-anak CIPTA resipi mereka sendiri! =)


WOW! Lainkan cara kami ajar Bahasa Inggeris? Anak tidak sedar mereka sedang belajar menggunakan 3 kaedah penting dalam pembelajaran – audiotori (pendengaran), visual (penglihatan) dan kinestatic (pergerakan).

Jangan risau kalau anak tak boleh berBahasa Inggeris. Anak bebas nak gunakan bahasa yang mereka selesa. Kami tak denda, kami tak marah. Kami akan terus beri galakan. Kami percaya bahawa kemahiran dibina perlahan-lahan, dan tidak boleh dipaksa.

Susah nak terangkan dengan lebih lanjut lagi. Kena alami sendiri! Yuk DAFTAR SEGERA kelas CREATIVE LIITLE CHEF, sepanjang cuti sekolah ni. Tempat terhad tau!

Boleh daftar KETIGA-TIGA kelas dan dapat JURNAL PANDA yang bernilai RM36 untuk galakkan anak menulis sepanjang tahun, secara PERCUMA!

ATAU

Boleh pilih SATU kelas ikut citarasa anak anda. (UMUR 7 – 10 tahun):

Sabtu (2 Disember 2017) : Pancakes

Sabtu (9 Disember 2017) : Pizzas

Sabtu (16 Disember 2017) : Muffins

Tempat TERHAD. DAFTAR SEGERA!