AKTIVITI DO-A-DOT

AKTIVITI DO-A-DOT

Assalamualaikum again Mothers

Semalam saya dapat link ni, di Facebook Page Teaching 2 and 3 Year Olds (mashaAllah, a good page to follow. Banyak beri idea untuk buat aktiviti dengan anak-anak):

15+ ideas for using do-a-dot printables to help kids learn

DoADot Picture

Maka, hari ni saya cuba buat dengan Aqeel. 

Saya gunakan apa sahaja yang ada di rumah. Alhamdulillah, saya jumpa:

DOT Bahan

Bow, butang dan pom-pom.

Saya pun ada print beberapa keeping worksheet daripada link di atas. Tetapi rasa macam tak kena dengan bahan yang saya jumpa di rumah – butang, bow dan pom-pom. Hehehe. Maka saya buat satu worksheet sendiri – gambar budak lelaki dan perempuan.

Do a Dot_Boy and Girl

Saya ambil sahaja gambar dari internet, kemudian ‘insert’ shape circle

Kemudian, saya beri peluang untuk Aqeel pilih sendiri, berdasarkan ‘logik’ yang dia fikirkan. Menarik, sebab dia pilih pom-pom untuk kanak-kanak perempuan, manakala butang untuk kanak-kanak lelaki. 

DOT Paste

Alhamdulillah, nampaknya Aqeel suka buat aktiviti ni. 

Konsep ini penting untuk bina asas mengira. Boleh klik link untuk baca tentang One-to-One Correspondence. Kalau ibu-ibu lihat anak belum boleh buat, tidak perlu risau. Tunjuk sahaja satu persatu ya. Dan yang penting, elak daripada letakkan harapan anak akan faham konsep ini pada satu sesi. Kalau anak dapat faham, Alhamdulillah. Kalau belum lagi, ulang sahaja aktiviti ini pada masa hadapan, mungkin guna worksheet yang lain, sebaiknya ikut minat anak. 

DOT Boy and Girl

Selain daripada itu, aktiviti seperti ini, in sha Allah dapat bantu tingkatkan skil motor halus anak-anak, kerana anak-anak perlu guna jari-jari comel mereka untuk ambil bentuk-bentuk yang kecil tersebut. Mereka juga perlu guna gam untuk tampal dan tampal atas bulatan. Sekiranya ibu-ibu nampak anak ‘struggle‘, bantu ye. In sha Allah, bila anak-anak biasa buat, dia akan dapat buat sendiri tanpa bantuan. Saya letak sikit je dot-dot tu, sebab berdasarkan pemerhatian saya, Aqeel tak dapat nak duduk lama-lama buat sesuatu aktiviti. Ciri-ciri normal untuk seorang toddler

DOT Train

Lepas tu, saje saya beri satu lagi worksheet (daripada link di atas), yang ada lebih banyak ‘dot’. Saja nak tengok ‘ketahanan’ dia. Tapi lepas 2 dot, dia kata nak main benda lain! Hihi. Jadi saya beri dia buat playdoh pulak! Hehehe.

Playdoh

Untuk toddler, aktiviti perlu ringkas (boleh buat dalam masa yang singkat), dan bersesuaian dengan umur dan kebolehan anak-anak (age appropriate activity). In sha Allah anak-anak kita akan participate.  Sekian saja perkongsian kali ini. Selamat mencuba. Check out link kat atas ya for more ideas! Tak sabar nak buat lagi!  May Allah make it easy for us.

Jazakumullahukhairan..