BELAJAR MEMBACA: SEMULAJADI ATAU PERLU DIPAKSA?

BELAJAR MEMBACA: SEMULAJADI ATAU PERLU DIPAKSA?

Belajar Membaca! Melalui pengalaman dan pemerhatian saya, sangat banyak ibu bapa di Malaysia yang sssaaangat risau tentang kebolehan anak2 membaca sebelum sekolah. Ramai yang kata mereka risau kalau anak2 kena masuk kelas ‘pemulihan membaca’ bila masuk Darjah 1, sebab ini akan menjadikan anak2 mereka ‘lambat’ dalam mengikuti ‘silibus’ di sekolah.

Dan saya lihat ramai yang sangat tertekan – pihak ibubapa, guru2 di tadika, pengusaha2 tadika dan yang paling sedih ialah kanak2 itu sendiri! Ramai kanak2 yang menerima tekanan apabila mereka tidak dapat membaca dengan lancar pada usia 6 tahun. Yang paling sedih ialah apabila guru2 yang tidak mempunyai ilmu tentang perkembangan kanak2, dan ibubapa yang tertekan akan melabelkan kanak2 tersebut:

‘Lambat’

‘Developmentally delayed’

‘Something wrong’

‘Bodoh’

And the list goes on.. 

SubhanAllah! Kesiannya…

 

Persoalannya, apabila proses belajar membaca itu adalah melalui tekanan, adakah kanak2 itu sebenarnya semata2 membunyikan huruf2 atau FAHAM isi kandungan yang dibaca dan BERMINAT dengan apa yang dibaca? Dan yang paling penting pada saya, adakah proses membaca itu menimbulkan MINAT membaca dalam diri kanak2 tersebut?

Secara jujur, saya sebagai ibu pon tertekan! Kemudian, saya fikir bahawa,

‘Sebagai seorang ibu, saya perlu berikan pendidikan dalam bentuk tekanan kepada anak2 saya di awal usia mereka, yang boleh buat mereka benci dan menghitung tahun untuk habis belajar…’

ATAU

‘Saya perlu didik mereka dengan gembira supaya mereka dapat rasakan bahawa menuntut ilmu itu sangat seronok, dengan harapan mereka akan terus belajar sehingga ke akhir hayat mereka dengan ikhlas, kerana Allah semata2…’

Agak terlalu awal untuk saya buat kesimpulan terhadap cara atau kaedah yang paling berkesan, kerana anak2 saya masih muda dan masih dalam proses belajar membaca. Walaubagaimanapun, saya telah dapat lihat sedikit demi sedikit hasilnya, dengan mengikuti cara2 yang disarankan pakar2 berdasarkan pembacaan saya.

Ada banyak sgt pandangan dan teori, maka saya pilih teori yang bersesuaian dengan pegangan saya, iaitu saya suka anak2 saya belajar membaca secara gembira dan seronok, bukan paksaan. Dan mereka belajar ikut perkembangan usia mereka, dan kebolehan mereka. Sebagai manusia, DULUNYA memang saya ada perasaan,

‘Aku nak anak2 aku lebih baik dari yang lain..’

Kemudian, saya sedar bahawa,

‘Hidup kita bukanlah untuk bertanding dengan org lain. Org yang perlu kita tandingi ialah diri kita sendiri. We need to be better from yesterday…And in term of the way that Allah loves…’ (SubhnaAllah, sgt byk yang saya perlu pelajari)

Maka, dalam mendidik anak2, termasuk dalam mengajar mereka membaca (of course with the help of the school and teachers!) saya perlu mengikis sikap nak jadikan anak2 saya terbaik dr org lain. Tapi saya perlu didik mereka untuk keluarkan yang terbaik dlm diri mereka. Untuk lebih baik dr smalam. Matlamat yang mencabar….Siapa kata membesarkan anak2 itu mudah? Dan yang paling penting, supaya mereka buat semuanya ini kerana Allah..SubhanAllah, satu statement yang saya sendiri perlu fahami, pelajari dan lakukan!

May Allah guide me.

InsyaAllah dalam post seterusnya, saya akan share tentang

“The Maturational View and the Reading Readiness View” by Gesell, Morphett and Washburne yang mengatakan kita cuma perlu mulakan ‘instruction’ membaca apabila kanak2 sampai tahap kematangan untuk membaca. A controversial view for the educators, but now I can see the ‘reason’ after I observe Aleeyah’s readiness in learning how to read…InsyaAllah saya share ye