Bermain Bantu Tingkatkan Keyakinan Diri Kanak-Kanak.

Bermain Bantu Tingkatkan Keyakinan Diri Kanak-Kanak.

Assalamualaikum mommies   

Hari ni, saya nak kongsikan tentang kepentingan bermain kepada kanak-kanak.

Aik? Biasanya saya cakap tentang buku je, takkan dah ubah kepada bermain pulak?

Thinking.jpg

[gambar dari internet]

Hihi. Jom baca dengan lebih lanjut ye..   

Begini, daripada dulu saya percaya, kanak-kanak ini wajib bermain. Saya juga adalah seorang kanak-kanak yang suka bermain dulu. Kami 4 beradik memang keluar rumah bermain. Kalau masa cuti, daripada pagi, sampai lah ke petang kami 'meronda' satu taman.    Yang kami tahu, sebelum maghrib kena balik. Kalau tidak, nanti takleh keluar main dah.    

Opah.jpg

["Nak main boleh, tapi balik sebelum Maghrib tau!" gitu lah pesan mak setiap hari.    (gambar dari internet)]


Kat sekolah pun kami main. Di masjid sebelum dan selepas mengaji pun kami main. Rasa macam jaguh main getah masa tu. Hahahaha. Memang 'heaven' rasanya. Walaupun berjalan kaki dari rumah ke sekolah, sekolah ke rumah, kemudian ke masjid pula untuk mengaji (jauh tau, bukan dekat) - kami rasa bertenaga dan seronok je. Sebab bila sampai sekolah dan masjid, boleh main dengan kawan-kawan! Kalau mak suruh singgah beli ikan kat kedai pun, takde hal. Semua boleh! Nak main punya pasal. Hihi.


Mommies semua mesti ingat permainan zaman dulu kan? Bukan mahal pon. Takde kos pun selalunya - main kejar-kejar, rebut tiang, batu seremban (ni rembat kain perca mak, ambil sikit beras/kacang kat dapur - jahit sendiri youuuu), selipar cap, galah panjang, teng-teng...Ha macam-macam lah. Lego pun dah ada zaman tu. Tapi satu set lego je ada, sebab mahal. Dengan satu set ni la duk bina macam-macam - jadi rumah lah, jadi restoran lah. 

Galah Panjang.jpg

Main rumah-rumah pun pernah. Teringat lagi masa mak beli peti ais baru. Dapat lah kotak besar. Perrgghh rasa dunia saya yang punya!   Dapat buat rumah tuuuu. Siap ada pintu dan tingkap! Bangga sangat dah tu! Tak perlu pun masa tu orang dewasa ajar, nak main apa, nak buat macam mana. Pandai-pandai sendiri je. Kalau ada orang dewasa, tak syok! Rasa terkongkong.   

House.jpg

[Ha! Lebih kurang macam ni lah (gambar dari internet). Tapi 'rumah' saya siap ada langsir tau! Hahaha.]

Jadi, Alhamdulillah, saya sendiri dapat rasa keseronokan bermain semasa zaman kanak-kanak. Maka, apabila saya menjadi ibu, saya teruskan tradisi keluarga yang biarkan anak main sepuas hati.   Cuma, di zaman ini, saya perlu pastikan keselamatan anak-anak lah. Tak macam zaman dulu, mak saya boleh je biarkan kami merayau satu taman, sebab Alhamdulillah selamat. Sekarang ni perlu lebih berjaga-jaga.

Kids at play.jpg

[Ini gambar masa anak-anak masih kecil, di Dubai. Di situ selamat. Memang kami boleh biarkan je anak-anak 'explore' segala permainan di taman]

Di sebabkan saya rasa kanak-kanak dan bermain ini adalah sesuatu yang normal, maka saya jarang kongsikan. Tetapi, saya rasa, ada baiknya sekali sekala, saya kongsikan tentang kepentingan bermain, kerana ada juga yang mungkin salah anggap, apabila kanak-kanak terdedah kepada buku di awal usia, ini bermakna mereka disekat daripada bermain. 

Kids at Play_2.jpg

Berdasarkan daripada pemerhatian, pengalaman dan pembacaan, pembelajaran dan bermain boleh dilakukan secara serentak. Takde masalah pun. Cuma, kita perlu faham 'developmentally appropriate practices'. Maksudnya, kita perlu faham pembelajaran apa yang boleh kita berikan kepada anak-anak ikut perkembangan dan kemampuan mereka.   Itu je.


Bermain Tingkatkan Keyakinan Diri

Salah satu sebab kenapa anak perlu bermain ialah, apabila anak dapat peluang bermain secara konsisten, ia dapat tingkatkan keyakinan dan 'self-belief' dalam diri.

Macam mana tu? Jom tengok video anak saya di EnergX ni ya. Umur dia 4 tahun. Saya kongsikan di sini bukan nak kata dia hebat. Saya ambil video dan kongsikan di sini untuk kita sama-sama lihat bagaimana bermain dapat bentuk jati diri seorang kanak-kanak. 


Dalam video di atas, mommies boleh tengok dia sudah ada keberanian untuk main 'flying fox' tanpa saya ada di sisi. Dia juga berani nak turun gelongsor 90 deg tanpa saya di situ. Selain daripada tu, dia mampu untuk decide permainan apa yang mahu dia main, tanpa ada pengaruh daripada saya. Saya ikut je.

Ada beberapa perkara yang boleh dianalisa daripada video di atas:

Tahu Kebolehan Diri

IMG-20190914-WA0106.jpg

  • Dia tahu kebolehan diri, dan cuba buat sesuatu mengikut kemampuan diri (kenal diri sendiri). Contohnya, boleh perhatikan, bahawa dia melompat-lompat begitu sahaja di atas trampoline, dan tidak buat 'flip jump' seperti abang-abang dan kawan-kawan yang lain. Maksudnya, dia tahu, dia belum mampu untuk buat begitu lagi. 
  • Kebolehan untuk kenal kemampuan diri ini bukan mudah dikuasai oleh kanak-kanak sekiranya mereka tidak diberi ruang yang secukupnya untuk mencuba sesuatu, termasuk kebolehan pergerakan fizikal masing-masing.

Cabar Kemampuan Diri

IMG20190914130836 (1).jpg

  • Seterusnya, apabila dia sedar bahawa dia belum mampu, tetapi dengan panduan daripada orang dewasa/lebih berusia, serta dengan memerhati bagaimana sesuatu pergerakan/aktiviti itu dilakukan, dia berkeyakinan untuk mencuba. Dia cabar diri sendiri untuk kuasai kemahiran di tahap yang seterusnya. 
  • Kita boleh lihat semua ini daripada pemilihan aktiviti anak-anak kita. Bila dia pilih untuk cuba sesuatu aktiviti di peringkat yang lebih sukar, maksudnya dia suka sesuatu yang lebih mencabar, dan nak tahu kemampuan diri dia. Try to push the limits, bak kata omputih.   Unspoken, but obvious.   
  • Susah tau nak buat sesuatu yang baru kalau kita kurang keyakinan diri. Jadi, sekiranya kanak-kanak mampu buat sedemikian, Alhamdulillah, maksudnya keyakinan diri dia sudah semakin meningkat.

IMG-20190914-WA0060.jpg

Berani Untuk Buat Keputusan

  • Mommies boleh lihat, dia sendiri 'lead' sesi bermain tersebut. Dia yang 'decide' apa yang dia hendak main, dan dengan siapa dia nak main.
  • Berpeluang untuk buat keputusan sendiri adalah satu perkara yang perlu diberikan kepada anak-anak kecil. 
  • Apabila kanak-kanak diberi peluang sebegini, ia dapat bantu mereka bina kebolehan untuk membuat keputusan dan bersedia untuk hadapi kesan daripada keputusan yang dibuat. 
  • Seterusnya, secara tak langsung, mereka belajar tentang 'calculated risk'. Satu kemahiran yang penting bila mencecah usia dewasa kelak, kan?

IMG-20190914-WA0092.jpg

[Main kena serious, OK?   ]

Tetapi mommies, kemampuan yang saya terangkan di atas tidak datang secara tiba-tiba. Semua kanak-kanak, termasuklah anak bongsu saya ni, serta semua anak-anak yang lain, perlukan masa untuk bina keyakinan dan kuasai sesuatu kemahiran. Itu sebabnya mereka perlu bermain dengan kerap. Setiap hari sebaik-baiknya (eh, tapi anak-anak memang automatik nak main je kan setiap hari? Tak perlu nak ingatkan pun   ). Lebih kerap mereka bermain, lebih banyak mereka kenal tentang diri mereka. In sha Allah.

Kids at play 3.jpg

[Anak kedua ni memang dari dulu suka memanjat. Sekarang dia masih suka, dan nak panjat yang lebih tinggi]

So yes!

Nampak seperti bermain ni membuang masa. Tetapi, sebenarnya tidak. Apabila seseorang kanak-kanak bermain, dia dapat bina banyak kemahiran yang boleh dilihat oleh mata kasar (kekuatan otot, kebolehan berlari laju), juga kekuatan 'dalaman' yang mampu membina jati diri mereka, seperti topik kali ini - tingkatkan keyakinan diri. Ada banyak lagi faedah yang kanak-kanak perolehi dengan bermain. Nanti saya kongsikan lagi na....

So, let our children play. They need it.   

Play helps a child to.png

Dalam masa yang sama, jangan pula takut dengan buku.    Buku adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila pengenalan terhadap buku itu sendiri dilakukan secara betul dan dengan penuh kasih sayang.    I will keep sharing, in sha Allah. 

Oh, by the way, video di atas dirakam semasa anak-anak bermain di EnergX Park, My TOWN Shopping Centre, Cheras. Bukan anak-anak saja yang seronok main..

Tengoklah siapa yang teruja nak main jugak..   

IMG-20190914-WA0078.jpg

IMG-20190914-WA0085.jpg

Hihi. Sehingga ketemu lagi, mommies.