LEARN FROM A BOOK: THE BAD-TEMPERED LADYBIRD!

LEARN FROM A BOOK: THE BAD-TEMPERED LADYBIRD!

Assalamualaikum Mothers

Salah satu cara belajar yang saya lihat anak-anak saya amat suka ialah – belajar dan buat aktiviti selepas baca buku kegemaran mereka. Saya pun suka!  Sebab saya tidak perlu ‘perah’ idea. Saya boleh ambil idea daripada buku tersebut, dan cuba ‘kembangkan’ kepada aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan mereka. Dan Alhamdulillah, banyak juga idea aktiviti-aktiviti berkaitan buku-buku tertentu yang dikongsikan oleh ibu-ibu lain atau guru-guru di internet. Jadi boleh ‘tiru’ idea-idea tersebut. 

Kali ini, kami baca buku kegemaran Aqeel – The Bad-Tempered Ladybird, oleh Eric Carle.

Buku

Eric Carle adalah salah satu penulis buku kanak-kanak yang kami suka. Buku-buku beliau sangat ringkas, tetapi beri banyak ‘input‘ kepada kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah. Isi kandungan buku-buku beliau memang sesuai untuk ‘dikembangkan’ kepada aktiviti-aktiviti yang seronok untuk kanak-kanak.

Sebelum itu saya rasa lebih bagus kalau saya kongsi video yang menunjukkan isi kandungan buku ini, mungkin dapat beri sedikit gambaran kepada ibu-ibu yang belum pernah baca buku ini:

Moh saya kongsikan apa yang kami buat ya. 

1. Baca

Dah banyak kali sebenarnya baca buku ini, tetapi Alhamdulillah baru kali ni dapat betul2 habis baca. Sebelum ini, Aqeel ‘conquer‘ buku, cuma beri kami baca mukasurat yang dia suka sahaja. 

Berdasarkan pemerhatian saya, selepas beberapa kali baca dengan anak-anak, saya lihat buku ini sangat seronok dan bermanfaat untuk dibaca kerana:

Memperkenalkan kanan dan kiri (right and left).

Pada mukasurat kedua, penulis tunjukkan gambar 2 ‘ladybird’ yang terbang ke arah sekeping daun yang penuh dengan ‘aphids‘. Dan penulis mentioned

A friendly ladybird flew in from the left… ”

” .. But just then a bad-tempered ladybird flew in from the right.”

Sambil baca, saya buat ‘aksi’ terbang (dengan tangan) untuk tunjukkan Aqeel dari arah mana ‘ladybird‘ datang, untuk bantu dia kenal kanan dan kiri.

Selain daripada itu, selepas sekali baca, saya lihat Aqeel dapat ingat yang mana satu ‘friendly ladybird‘ dan mana satu ‘bad-tempered ladybird‘. Bila saya baca buku ini kali kedua bersama Aqeel, dia terus tunjuk yang mana satu friendly, dan yang mana satu bad-tempered ladybird. Bagus untuk latihan memori juga rupanya! SubhanAllah! 

Friendly and Bad Tempered

 

 Memperkenalkan sistem jam.

Cerita bermula dengan,

It was night, and some fireflies danced around the moon.”

At five o’clock in the morning, the sun came up…”

Kemudian diikuti dengan,

At six o’clock it met a wasp…”

At seven o’clock it saw a stag beetle..” And it goes on..  Jadi anak-anak saya dapat belajar tentang sistem jam dan belajar tentang waktu. Dalam buku ini, di penjuru setiap mukasurat ada jam beserta masa:

 

Memperkenalkan haiwan.

Setiap jam ‘ladybird‘ terbang, dia jumpa satu haiwan yang baru. Mula-mula ia jumpa wasp, kemudian stag beetle, diikuti praying mantis, dan seterusnya. Beberapa haiwan yang diperkenalkan dalam buku ini belum pernah anak-anak saya dengar, Jadi sangat bagus untuk tambah pengetahuan mereka tentang haiwan-haiwan yang baru.

Memperkenalkan saiz dan perbandingan saiz.

Sangat menarik apabila haiwan-haiwan yang ditemui oleh ladybird dalam perjalanannya disusun mengikut saiz!  Dari kecil ke besar! Dan sangat cute sebab mukasurat pun di susun sebegitu rupa – dari kecil ke besar. Begitu juga dengan font size! Dari kecil ke besar juga! What a good way to help children to understand the concept of small and big, as well as comparison from smallest to the biggest!

saiz

 Gambar daripada internet.

Memperkenalkan tindakbalas semulajadi setiap haiwan.

Saya suka cara penulis yang santai dalam memperkenalkan tindakbalas setiap haiwan apabila mereka diancam. Contohnya:

Untuk wasp:

“”If you insist,” said the wasp, showing its stinger.”

Untuk stag beetle:

“”If you insist,” said the stag beetle, opening its jaws.”

Dan seterusnya!  Selain itu, bila baca buku ini, saya cuba buat aksi yang disebutkan di atas, bersama-sama anak-anak, sebab mereka sangat suka kalau dapat buat aksi bila baca buku! Especially the boys!

Moral value

Dan yang saya sangat suka ialah moral value yang disampaikan di dalam buku ini. Saya suka bincangkan tentang sikap friendly dan bad-tempered ladybird, kata-kata yang bagus dan tidak bagus untuk diungkapkan,  perbezaan antara tamak dan berkongsi, dan sebagainya. Kemudian saya suka tanya apa pendapat mereka. Seronok juga dengar pendapat masing-masing. Dan yang menarik, apabila anak-anak bergaduh sebab berebut barang, saya ingatkan tentang cerita ini. Alhamdulillah kadang-kadang dapat berhentikan perebutan tersebut. 

Good Morning

 

Go away

Sebelum ini, saya cuma baca. Tetapi kali ini, sebab Aleeyah dan Azeem cuti sekolah, saya buat beberapa aktiviti berdasarkan minat anak-anak saya, kebolehan setiap anak dan bahan-bahan yang kami ada di rumah. Baru 2 hari buat aktiviti berdasarkan buku ini, dan in sha Allah ongoing.  Jadi saya kongsikan apa yang kami dah buat je la ye.

2. Padankan

Untuk aktiviti pertama, saya sediakan satu worksheet, untuk mereka padankan gambar setiap haiwan di dalam buku tersebut dengan gambar sebenar. Saya suka tunjukkan kepada anak-anak gambar sebenar apabila mereka belajar tentang haiwan, atau apa sahaja. Saya nampak mereka mudah faham apabila saya buat begini. Wallahu’alam, setiap ibu/guru ada cara tersendiri. Feel free to do whatever you think suits your child the best, with the help of Allah.

Gunting

Saya print worksheet daripada link ini: More Bad Tempered Ladybird, mukasurat 5 dan minta anak-anak gunting sendiri. Bagus untuk tingkatkan ‘motor skill’ mereka, terutamanya untuk Aqeel dan Azeem. Saya beri Aqeel gunting toddler, untuk keselamatan dia. Dan saya pastikan mereka cuma boleh menggunting apabila saya ada bersama. Semangat Aqeel menggunting! Sampai kembang kuncup hidung! Hihihi.

Menggunting

Kemudian mereka padan dan tampal sendiri gambar yang telah digunting dengan gambar sebenar setiap haiwan tersebut. Untuk aktiviti yang sama, saya ada 3 objektif yang berlainan, iaitu berbeza untuk setiap anak:

1. Aqeel – Untuk padankan gambar sebenar dengan gambar lukisan. Untuk bantu kebolehan dia berfikir.

2. Azeem – Tiada masalah untuk padankan. Maka objektif untuk dia ialah untuk membaca nama-nama haiwan tersebut. Agak susah untuk dia. Perlu dibantu.

3. Aleeyah – Tiada masalah untuk padankan dan membaca. Jadi aktiviti banyak untuk bantu tingkatkan pengetahuan dia tentang haiwan-haiwan baru, dan sebagai worksheet ‘rujukan‘ kepada worksheet yang dia perlu buat selepas ini.

Ya! Aktiviti yang sama boleh bantu anak untuk aspek yang berbeza, mengikut kebolehan mereka.  Dan yang menariknya, apabila kanak-kanak buat aktiviti sebegini, in sha Allah mereka dapat serap juga aspek-aspek lain, selain daripada objektif yang kita fokuskan kepada mereka. SubhanAllah!

gunting

Saya boleh lihat dengan jelas, setiap anak saya mempunyai kebolehan yang berbeza. Contohnya Aleeyah dah boleh menggunting dengan baik. Jadi hasil guntingan dia lain dengan adik-adiknya. Dan Aqeel baru belajar menggunting. Dia sangat ‘excited‘ nak menggunting, dan nak gunting ikut ‘suka hati’ dia. Hihihi. Jadi saya biarkan saja. Pada saya, tak perlu ‘fussy‘ sangat untuk sempurna. Untuk kanak-kanak, yang penting ialah proses, bukannya hasil. Saya selalu ingatkan Aleeyah supaya dia tidak ‘komen’ hasil kerja adik-adik. Kerana saya nampak dia macam tak suka tengok hasil yang tak sempurna, atau tak mengikut arahan. Hehehe. Nampaknya, perlahan-lahan dia belajar untuk hormat dan hargai hasil adik-adik dia. Apa yang mereka buat, adalah pada tahap yang terbaik mereka dapat lakukan. 

Hasil Menggunting

Arahan yang sebenar ialah untuk gunting haiwan bersama nama, seperti yang Aleeyah buat di atas, tapi Aqeel gunting macam di atas ni. Hehehe. Tidak mengapa. Untuk Aqeel, saya cuma mahu dia belajar menggunting (ikut keselesaan dia), kerana ini adalah salah satu ‘milestone’ dalam perkembangan ‘fine motor skill‘ seorang toddler.

Aqeel letak gam sendiri dan tampal gambar mengikut padanan yang dia rasakan betul. Alhamdulillah, semuanya betul! 

gam

 Nampak mudah, tapi ambil masa ya untuk dia faham sebelum ni, iaitu gam perlu diletakkan di bahagian yang ‘terbalik’ daripada gambar, bukan di atas gambar! 

tampal

Tampal. 

Inilah hasil aktiviti ‘Padankan’ yang mengikut arahan.  Boleh klik sini untuk download worksheet: The Bad-Tempered Ladybird_Matching Activity.

Hasil

Worksheet ini ada 3 mukasurat.

3. Belajar tentang Waktu (Time).

Selepas itu, saya berikan pula mereka worksheet kedua (saya print mukasurat 24-27 daripada link ini: Minibook). Tujuannya untuk Aleeyah dan Azeem tuliskan waktu di atas ‘jam kosong’ yang disediakan, mengikut waktu ‘ladybird‘ jumpa setiap haiwan. Aleeyah sudah belajar tentang waktu di sekolah, tetapi Azeem belum. Maka, saya ‘lantik’ Aleeyah untuk jadi ‘mentor’ Azeem. Hihi. Skil ‘delegation‘ perlu ada ya untuk seorang ibu. Hehe.

belajar masa

Hasil kerja Azeem. Dia belum faham sepenuhnya tentang jam. Perlu diperkenalkan lagi, in sha Allah in the future.

Dan seperti biasa, mereka memang suka nak warnakan gambar.

mewarna

Pada mulanya, saya tak print worksheet ini untuk Aqeel (sebab belum sesuai untuk umur dia), tetapi dia suarakan ‘rasa tak puas hati’. Hihi. Jadi saya print, dan beri kebebasan untuk dia tentukan aktiviti apa yang dia suka nak buat dengan worksheet tersebut.

Dan seperti yang saya jangka, dia gunting! Musim suka menggunting nampaknya.. 

IMG_2347

Dan warna guna crayon.

Aqeel mewarna

4. Pemahaman

Peringkat seterusnya, saya berikan Aleeyah dan Azeem worksheet untuk ‘pemahaman’. Sebenarnya worksheet tersebut agak sukar untuk Azeem kerana dia belum boleh baca dengan lancar semua perkataan. Jadi, saya tidak paksa dia.

Saya beri kebebasan untuk kedua-dua mereka pilih bahagian mana yang mereka nak buat. Dan boleh berhenti bila-bila masa yang mereka mahu. Boleh print worksheet tersebut di link ini ya: The Bad-Tempered Ladybird – Worksheet.

Pada masa ini, Aqeel dah tak minat nak buat worksheet dah. Dia dah mula main. Hehehe 

Main kereta

Ya, kereta dah naik atas meja! Maknanya, it’s play time

Dan saya terus perhatikan ‘penerimaan’ Azeem..

wordsearch

Bila dia dah buat macam tu, maksudnya dah susah untuk dia. Saya perlu bantu, kalau tidak, tantrum pun mula.  Alhamdulillah dia dapat buat beberapa perkataan, dan kemudian saya cadangkan dia buat bahagian yang lebih mudah untuk dia.

cari nama haiwan

Cari nama haiwan! Boleh rujuk kepada worksheet yang dia buat sebelum ni! 

refer

Alhamdulillah, dia pun happy sebab dapat buat! Saya sebenarnya lebih suka untuk ajar anak dalam keadaan mereka gembira. Berdasarkan pemerhatian saya, kanak-kanak sebenarnya mempunyai semangat untuk belajar secara semulajadi. Walaubagaimanapun, kadang-kala mereka tidak mahu atau tolak aktiviti yang saya sediakan. Setakat ini, saya perhatian, faktor2 yang buat mereka ‘tolak’ aktiviti ialah:

  • Tak menarik atau bosan.
  • Mereka penat.
  • Bukan di tahap mereka (or way above their level) atau susah.
  • Tiada atau tak cukup sokongan atau bantuan (terutama untuk perkara baru yang dipelajari atau belum dikuasai).
  • Ada benda lain yang menarik perhatian mereka (itu pasal saya kena pastikan TV sentiasa tutup bila kami buat aktiviti).

Allah knows the best!

Manakala, Aleeyah pula, oleh kerana worksheet ketiga ini memang sesuai dengan tahap dia, dia terus je buat dengan gembira. 

worksheet

 

Jadi, sememangnya, saya sebagai ibu kena sensitif terhadap perkembangan kebolehan anak-anak. Saya tak boleh paksa mereka buat sesuatu yang bukan di tahap perkembangan mereka. May Allah help me. I believe they can learn the best if I can respect their capability and help them to improve based on that, individually. Tak perlu bandingkan dengan adik-beradik yang lain.

5. Lukis

Dan lepas tu, selepas main, Aleeyah sambung pulak dengan lukis bad-tempered ladybird.  Azeem tak nak, dia lukis Elsa pulak! 

lukis

 

6. Artwork

Hari berikutnya, anak-anak masih mahu teruskan aktiviti ladybird ni, maka kami buat artwork pulak. Untuk Aleeyah dan Azeem, saya beri mereka tugas untuk buat ‘jam ladybird‘, manakala untuk Aqeel, ‘flying ladybird‘ guna paper plates.

painting

 

Aqeel suka bila dapat peluang untuk guna warna air. Pakai berus, pakai jari, tapak tangan. Apa sahaja yang dia suka.  Kemudian, saya bantu dia untuk potong ‘kepak’ ladybird dan minta dia buat ‘spots‘ sendiri. Kami tambah ‘kepala’ ladybird dan letakkan mata. Tadaaaa!! Jadi ladybird

ladybird!

Untuk Aleeyah dan Azeem pula, saya printkan ‘jam’ untuk mereka. Boleh klik sini untuk download: Clock. Kemudian warnakan menggunakan warna air. Saya sengaja minta mereka warna menggunakan warna air disekeliling ‘spots‘ tersebut, supaya mereka dapat belajar mewarna secara teliti. Selama ini, saya tak pernah minta mereka warna dengan teliti.

warna jam

warna bersama

Seterusnya tampal di atas paper plate, warnakan ‘kepala’ dan 6 kaki. Tadaaaaa! Ini hasilnya! Tak siap lagi sebenarnya sebab belum letak jarum jam. Tapi saya tunjuk apa yang dah siap je lah ye. 

jam ladybird

 

Dan tiba-tiba Aleeyah dan Azeem nak jugak buat ‘flying ladybird‘ macam Aqeel.  I feel it is always more enjoyable and beneficial if I let them to decide on what should be done, and what they want to do.. Jadi buat je lah anak-anakku, asalkan bahagia.. 

ladybirds

Yeaaah! Alhamdulillah, setakat ini, itu aktiviti-aktiviti yang kami buat berdasarkan buku ‘The Bad-Tempered Ladybird‘. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang rasa nak buat, terutamanya berkaitan dengan haiwan-haiwan yang ada dalam cerita tersebut. May Allah help us to continue to learn and explore

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat beri sedikit idea kepada ibu-ibu yang berminat. Selamat bergembira dan ‘explore‘ bersama anak-anak menggunakan buku!  Feel free to share too! May Allah make easy for us to help our children to learn.

Jazakumullahukhairan..