UMRAH BERSAMA ANAK-ANAK KECIL (PART 1)

UMRAH BERSAMA ANAK-ANAK KECIL (PART 1)

Assalamualaikum Mothers! 

All praises and thanks to Allah, dengan izin Allah, saya dan suami dapat menunaikan umrah lebih kurang 3 minggu yang lalu. Dan Alhamdulillah, kami bawa bersama 3 orang anak-anak kami yang berusia 2, 4 dan 6 tahun. Sebelum ni, saya selalu dengar dan sering dinasihatkan supaya tidak bawa anak-anak bersama. Ada yang berkongsi pendapat dan pengalaman tentang keselamatan, kesihatan dan kebarangkalian sukar untuk fokus apabila mengerjakan umrah bersama-sama anak-anak. Memang agak takut dan risau bila dengar pelbagai cerita. Walaubagaimanapun, dengan izin Allah, kami tetap pergi bersama anak-anak. Dan SubhanAllah! Seronok jugak sebenarnya!  So, now I know, IT IS DO-ABLE! With the Will of Allah!

The Kids

Jadi, saya rasa terpanggil nak kongsi apa yang kami telah lalui, yang mungkin dapat membantu mana-mana individu yang sedang berfikir-fikir tentang perkara ini. Ada beberapa perkara yang kami perlu ‘consider‘ bila kami bawa anak-anak, di antaranya ialah ‘crowd‘ yang sangat banyak. Jadi, kami perlu memikirkan ‘strategi’ (hehe) untuk kawal anak-anak dan pastikan mereka sentiasa bersama kami di sepanjang perjalanan. Perkongsian ini pasti tak sempurna. Maka, saya cadangkan supaya ibu2 jangan bergantung sepenuhnya kepada pendapat dan pengalaman saya. What is good for me, may be and may not be good for others. Simply seek Allah’s guidance, He will for sure guide you to the best way

Oh ya, kami juga tak menggunakan perkhidmatan agen komersial untuk pergi umrah.  Simply because:

1. Kami nak berada lebih lama di Makkah dan Madinah.

Kami bertolak dari Dubai. Setakat yang saya ‘kaji’, semua agen komersial di Dubai (pakej yang berada di dalam kemampuan kami) menawarkan pakej 5 hari (3 hari Makkah dan 2 hari Madinah). Saya rasa tempoh tu tak cukup kalau kami nak bawa 3 orang anak-anak kecil bersama-sama kami mengerjakan umrah. Rasa tak puas la pulak. Hehehe. Maka, saya cari alternative yang lain. Alhamdulillah kami dapat ‘spent‘ masa selama 10 hari 9 malam (6 hari di Makkah, 4 hari di Madinah).

Kaabah

SubhanAllah. Who can resist to stay longer in this peaceful place if he has the chance?

2. Kami perlukan servis ‘private’.

Berdasarkan pengalaman berjalan sebelum ini, saya dapati sangat susah dan kami ‘struggle‘ sekiranya kami ikut jadual waktu agen pelancongan, dan berjalan secara berkumpulan. Mood anak-anak sukar untuk dijangka. Kadang-kadang nak susu, nak minum, nak ke toilet dan sebagainya.  Adakalanya senang nak dikawal, adakalanya ada cabaran. Maka, saya tercari-cari pakej yang membenarkan kami pergi umrah secara ‘private‘.

3. Within budget.

Hehehe. Kami nak yang ‘private‘, tapi nak within budget. Hihihi. Ade pakej private yang sangat mahal, jadi kena tolak siap-siap. 

Maka, apa solusinya???

Kami buat ‘pakej sendiri’. Hehehe. In sha Allah, saya akan kongsikan perkara-perkara yang perlu dirancang untuk plan ‘pakej sendiri’. SubhanAllah, sebenarnya simple je. Dan Alhamdulillah, kos kami pun di dalam ‘budget‘. Secara kasarnya, sekiranya saya ‘exclude‘ kos penalti untuk tukar tiket kapal terbang (nanti saya cerita kenapa ada bayaran penalti ni ya..  Biiznillah), kos kami sekeluarga adalah lebih kurang RM2960 setiap sorang, iaitu kurang daripada RM15,000 untuk kami 5 orang sekeluarga (tidak termasuk kos makan di sana ya). Pada saya, kos tu Alhamdulillah, memuaskan, kerana ia termasuk:

1. Tiket kapal terbang (pergi dan balik).

2. Penginapan : hotel 5 bintang di Makkah yang jaraknya cuma 3 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram selama 6 hari dan hotel 3 bintang di Madinah yang jaraknya lebih kurang 5 minit berjalan kaki selama 4 hari.

View from Hotel to Masjidil Haram

View dari depan hotel ke Masjidil Haram. Alhamdulillah, dekat! Jadi anak-anak tak penat sangat nak berjalan ke Masjidil Haram. 

3. Khidmat pengangkutan – Daripada Airport Jeddah ke Makkah, hotel di Madinah ke Airport Madinah dan kesemua ziarah di Makkah dan Madinah.

Tiba di Makkah

Ketibaan di Makkah. Van ini dapat memuatkan kami 2 keluarga (4 dewasa, 6 kanak-kanak). Van jemput kami di airport Jeddah, dan bawa ke Makkah. Pada mulanya, van tidak dapat masuk ke kawasan ini, mungkin kerana peraturan lalu lintas di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, dengan pertolongan ‘geng ustaz’ dan Pengurus Hotel, polis benarkan van berhenti di hadapan hotel. Sangat membantu! Sebab barang sangat banyak!  In sha Allah kami kongsikan lebih info dalam post yang seterusnya.

4. Perkhidmatan mutawwif dan pengiring semasa ziarah di Makkah dan Madinah.

5. Beli 5 botol air zam zam (10 liter setiap satu) untuk di bawa pulang.

6. Urusan VISA untuk masuk Saudi Arabia.

Pada saya, kos tu sangat OK, kerana di Dubai, pakej selama 5 hari selalunya di dalam lingkungan harga RM2500 hingga RM3500 setiap sorang. Untuk tempoh 10 hari, dengan harga yang lebih kurang sama, pada saya, adalah sangat berbaloi. Lebih-lebih lagi, dapat berjalan secara ‘privasi’, cuma keluarga kami dan satu lagi keluarga kawan. None I shall praise for giving us this opportunity except Allah!

Disclaimer: Saja nak highlight di sini. Saya TIDAK menawarkan sebagai pakej umrah ya.  Ini adalah kos yang kami dapat. Dan saya tidak janji sesiapa akan dapat kos yang sama. Dan ada juga yang dapat lebih murah daripada itu. Boleh survey, In sha Allah. 

Maka, saya berhajat nak kongsikan pengalaman kami bagi 3 fasa –

1. Fasa Perancangan.

2. Fasa Pelaksanaan, dan

3. Fasa ‘Selepas Umrah’.

 In sha Allah. Berhajat nak tulis dalam beberapa post (part by part). SubhanAllah, sebenarnya saya perlu akui, bukan senang saya nak duduk di hadapan computer untuk tulis blog. Hehehe. Semoga saya dpt konsisten untuk berkongsi tentang perjalanan umrah kami. Biiznillah…

FASA PERANCANGAN

1. Seek Knowledge about Umrah.

Di sini juga saya ingin highlight bahawa perkongsian saya, in sha Allah akan difokuskan kepada pengalaman kami semata-mata (bagaimana kami merancang, bagaimana cara untuk kami kawal anak-anak yang suka bergerak sana dan sini :), apa aktiviti-aktiviti yang kami buat bersama-sama mereka, di mana kami makan, dan sebagainya), bukan tentang ibadah umrah itu sendiri.

Having said this, tidak bermakna bahawa ilmu tentang umrah itu tidak penting. SubhanAllah, ia adalah aspek yang terpenting sekali sebenarnya. Dan pada pendapat saya, adalah sangat penting untuk kita buat persiapan tentang ritual umrah tersebut berbulan-bulan, in fact mungkin pada saat kita tidak rancang lansung untuk buat umrah lagi. It is always good to go to umrah with knowledge, rather than just following others. (Having said this, please don’t assume I have complete knowledge ya. I tried to do my best to seek knowledge that I could reach. I pray for forgiveness from Allah for all my weaknesses. May Allah accept my Umrah and your Umrah. Amin).

Cuma, saya rasa saya tidak sesuai untuk bincangkan tentang ibadah itu di blog ini. Ibu2 bolehlah rujuk kepada ulama’ yang lebih arif, yang berpandukan AlQuran dan Sunnah. Oh ya, penting ya, untuk kita rujuk dan kaji ilmu yang kita dapat, daripada sesiapa sahaja, termasuk ulama’. Adalah bagus untuk kita cek semula bukti-bukti kesahihan setiap perkara yang diajar kepada kita, daripada ayat-ayat AlQuran dan Hadith, supaya kita tidak mengikut sesuatu yang ditambah atau berlainan daripada yang sepatutnya.

Al Ahzab 36Al-Ahzab: 36 (sumber: www.quran.com)

Kenapa saya ‘mention‘ perkara ini? Kerana saya sendiri pernah dengar pelbagai cara dan kaedah serta ‘pantang’ yang tidak ada bukti yang sahih di dalam AlQuran dan Hadith. Yang mana menampakkan ibadah umrah tersebut sangat ‘berat’ dan susah hendak dilaksanakan. Sebahagiannya berkait dengan membawa anak-anak mengerjakan umrah. Pelbagai versi yang saya dengar. Jadi, sebaiknya, kita doa kepada Allah untuk tunjukkan kita jalan yang lurus dan lindungi kita daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan mengelirukan.

“Whosoever Allah guides, there is none to misguide him. And whosoever He leaves astray, none can guide him”.

Di antara buku-buku yang saya rujuk sebelum menunaikan umrah ialah buku ini – The Ultimate Guide to Umrah, oleh Abu Muneer Ismail Davids, keluaran Darussalam. Dalam buku ni ada banyak informasi tentang ibadah umrah diberikan, berdasarkan bukti-bukti daripada ayat-ayat Al-Quran dan Hadith. Selain daripada itu, penulis juga memberikan tips-tips sampingan termasuk undang-undang, informasi tentang Makkah dan Madinah, kepercayaan-kepercayaan yang tiada bukti dari AlQuran dan Hadith dan sebagainya. I found it useful, kerana saya tidak pernah pergi umrah dan ziarah ke Madinah sebelum ini.  May Allah be pleased with the author.

Book

Selain itu, saya juga rujuk kepada buku ini, yang mana informasi asasnya sama seperti buku di atas. Penulis menerangkan langkah-langkah ibadah umrah secara ilustrasi. Kepada ibu2 yang tinggal di Dubai, buku ni boleh diambil secara percuma di Pusat Alhuda Sisters (check out alhudasisters.wordpress.com). 

Buku Umrah 2

Dan banyaaaak juga lagi buku-buku yang bagus di pasaran! Dan kat Malaysia lagi best, ada macam-macam kursus kan? Dan banyak juga ceramah-ceramah di YouTube yang boleh dirujuk.  Cuma perlu pastikan kesahihan informasinya. Islam itu mudah. Dan ibadah umrah itu mudah. Selalunya, kita yang selalu buatkan ia jadi susah.. 

Kami juga menggunakan perkhidmatan mutawwif semasa mengerjakan umrah di Makkah, untuk menunjukkan kami langkah demi langkah perlaksanaan umrah tersebut. Dan Alhamdulillah, mutawwif tersebut cuma bimbing kami, 2 keluarga. Saya sangat suka kerana kami tidak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan umrah. Terutamanya dengan 3 orang anak-anak kecil, dan kawan kami juga ada 3 orang anak-anak kecil yang lebih kurang sebaya dengan anak-anak kami. Alhamdulillah, praise to Allah Who made it possible for us!

WHAT’S NEXT?

Macam dah panjang sangat post kali ni.  In sha Allah di post akan datang (biiznillah), saya cuba kongsikan perancangan perjalanan kami, dan ‘tentative program’. Alhamdulillah, perjalanan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan dapat dilaksanakan ‘within budget’.  Semoga perkongsian yang ringkas dan sedikit ini dapat memberi informasi kepada ibu2 yang nak sangat bawa anak-anak bersama mengerjakan umrah.

SubhanAllah, it is possible! Although the experience and ‘journey’ may be ‘different’, but I believe it simply made it even more valuable! 

Salah satu ‘situasi’ yang buat saya sangat gembira, ialah:

Semasa di Madinah (selepas kami mengerjakan umrah di Makkah), sementara menunggu waktu solat Maghrib di Masjid Nabawi, saya lihat Aqeel (2 tahun) berlari-lari ke depan dengan sejadah kecilnya! Dia datang semula kepada saya sambil berkata,

“Mama.. Where Kaabah? Kaabah. Where?”

SubhanAllah! Rupanya dia sedang cari Kaabah, untuk dijadikan kiblat (di Masjid Nabawi! Heheh)! SubhanAllah! I felt like the struggle and challenge that I faced in the trip has been wiped off! Sekurang-kurangnya Aqeel tahu bahawa kita solat menghadap Kaabah. What a good lesson for a 2 years old boy.  TabarakAllah!

Pasti ada cabaran untuk bawa anak-anak semasa Umrah, tetapi banyak juga kemanisannya… 

Sheikhs

Yes, at this age, they are not able to do Umrah yet. But in sha Allah, exposure is what they need. May Allah guide our kids to the path that pleases Him

May Allah grant us spouses and children, who are the ‘coolness of our eyes’ and make us among the righteous. The dua:

Dua Righteous Children

Bermula daripada ‘Rabana’: “Our Rabb! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us the leaders of the Muttaqun (the pious).” (Al Furqan, 25:74)

Semoga ‘bertemu’ lagi di post seterusnya.  In sha Allah.