Cart 0

📚 Reading with Meaning & Entrepreneurship Workshop 2018


Ibu/Ayah..


Adakah anda mendapati anak anda:


✔️ Boleh membaca buku Bahasa Inggeris tetapi tidak faham apa yang dibaca?

✔️ Boleh membaca dalam Bahasa Inggeris, tetapi tidak dapat menulis dan bercakap dalam bahasa tersebut?

✔️ Masih menghadapi kesukaran untuk membaca dan mengeja sesetengah perkataan dalam Bahasa Inggeris?

✔️ Mempunyai kosa kata (vocabulary) Bahasa Inggeris yang terhad?

✔️ Kurang berkeyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris?

✔️ Tidak minat buku/membaca


Atau, anda mahu bantu anak anda untuk:


✔️ Menjadi 'independent learner' yang mempunyai motivasi dalam diri sendiri untuk membaca, merungkaikan permasalahan dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi tanpa perlu di'ketuk'?

✔️ Memupuk kebolehan dan keyakinan untuk merekacipta produk sendiri berdasarkan ilmu yang di'gali' dan idea asli anak sendiri?

✔️ Mempunyai 'growth-mindset' yang tidak takut mencuba dan gagal, supaya menjadi seorang dewasa yang lebih 'kental', dan berupaya bangkit daripada kegagalan di masa hadapan?

✔️ Mempunyai minat yang mendalam untuk membaca dan berupaya mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan yang sebenar?


Sekiranya anda mempunyai satu atau lebih "sebab" di atas, jom hantar anak sertai program "Reading With Meaning + Entrepreneurship Workshop" kami semasa cuti sekolah ini! 😍


Program ini adalah program literasi seimbang (balanced literacy), yang mana penekanan diberi bukan sahaja kepada kemahiran membaca semata-mata, tetapi merangkumi aspek bahasa dan literasi yang lebih holistik - mendengar, bercakap, memahami, dan menulis (termasuk mengeja).


Anak anda akan dibantu untuk:


😊 Membina keberanian dan keyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan memberi peluang kepada anak untuk mendengar, bertutur dan berbincang secara santai tanpa hukuman atau paksaan.

😊 Memahami teks dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan 'explicit instruction'.

😊 Meningkat kebolehan dan kelancaran membaca dan mengeja dalam Bahasa Inggeris menggunakan sistem phonics bertahap.

😊 Menimbulkan minat menulis secara kreatif dengan bimbingan bersistematik dan memulakan perjalanan kreativiti menulis dengan melukis! Ada satu sesi khas - belajar melukis dan mewarna bersama Teacher Illy! 😍

😊 Membina pengetahuan dan kosa kata Bahasa Inggeris secara santai - melalui pembacaan buku bersama guru dan kawan-kawan, perbincangan, dan eksplorasi/eksperimentasi sendiri.


Dan banyak lagi! 😍


Kaedah "experiential learning" digunakan, iaitu setiap pelajar akan dibimbing untuk melaksanakan satu projek keusahawanan sendiri (plan-execute-review), bagi mengaplikasikan skil bahasa dan literasi yang telah diperolehi. Maka, pembelajaran bahasa dan literasi tidak dilihat sebagai sesuatu yang 'alien', tetapi sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. 😍


Oh ya, anak anda akan mempunyai 'access' kepada lebih daripada 1000 buah buku kanak-kanak yang kami ada, dan boleh bawa buku pilihan untuk dibaca di rumah bersama ibu dan ayah. 😊


"The more you read, the better you get at it; the better you get at it, the more you like it; and the more you like it, the more you do it." Jim Trelease.


Tempat adalah sangat terhad. Isi borang di bawah untuk mendaftar.


"Not all readers are leaders, but all leaders are readers." Harry S. Truman.