Cart 0

Kaedah Rasulullah Menegur Kesilapan

RM 19.00

Tegur menegur adalah satu sikap dan perbuatan yang baik pada pandangan Islam. Pada masa kini teguran boleh dilakukan melalui pelbagai media dan cara. Namun begitu ramai yang tidak mengerti dan memahami adab serta cara-cara untuk menegur sesuatu kesilapan. Menegur kesilapan adalah sebahagian dari wahyu dan metodologi Al-Quran. Al-Quran menjelaskan perintah dan larangan, persetujuan dan pengecaman dan juga pembetulan kesilapan. Mengajar orang lain juga merupakan amalan yang mana paling baik yang manfaatnya dapat disebarkan kepada yang lain. Ia merupakan perkongsian tentang peninggalan para Anbiya dan Rasul oleh daiyah dan para pendidik. Berpandukan Al-Quran dan Hadis-hadis sahih, Sheikh Muhammad Salih Al-Munajid menerangkan bagaimana pendekatan Rasulullah SAW dalam mengajar serta menegur kesilapan.