Cart 0

Sedapnya Nangka

RM 21.60 RM 24.00

Mamat dan Siti selalu bermain bersama-sama di rumah nenek mereka. Di halaman rumah Nek Esah ada sepohon pokok nangka yang lebat berbuah. Mamat dan Siti berasa tidak sabar untuk makan buah nangka tersebut.

Naemah Ismail memegang Diploma Sains serta Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia dan Sarjana Muda Pendidikan dengan pengkhususan Pendidikan Khas dari Universiti Terbuka Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di SK Mengkarak, Sekolah Menengah Pulau Nyior dan SK Anak-Anak Angkatan Tentera Kem Tok Jalal. Beliau kemudian menjadi guru besar di beberapa sekolah dan bergiat membangunkan pusat sumber sekolah.

Emila Yusof adalah ilustrator dan penulis prolifik yang telah menghasilkan lebih empat puluh buah buku sepanjang 2010-2017. Beberapa buah bukunya telah diterjemahkan dalam Bahasa Jerman, Vietnam, Cina dan juga Indonesia. Beliau telah memenangi beberapa anugerah dalam dan luar negara.