Cart 0

Terima Kasih Allah 5

RM 30.00

Siri Terima Kasih Allah ini memberi pendedahan awal sains kepada kanak-kanak tentang sains penciptaan dan kejadian. Beberapa tema yang telah dipilih iaitu deria, anggota badan, organ badan dan alam semesta merupakan aspek yang paling hampir dengan dunia kanak-kanak. Siri Terima kasih Allah ini akan menunjukkan secara sederhana dan ringkas beberapa ciptaan yang Allah kurniakan kepada kita dalam bentuk cerita dan ilustrasi yang menarik agar mudah difahami. Selain menyediakan bahan yang menggalakkan kanak-kanak berusia 7-10 tahun membaca, buku ini diharapkan dapat membiasakan kanak-kanak untuk mensyukuri rahmat Allah di samping merangsang perkembangan kognitif dan kepekaan deria mereka serta memberi pengajaran tentang kejadian yang berlaku. Selamat membaca!