Anak2 sekarang sedang cuti sekolah musim panas (summer holiday). Alhamdulillah, Aleeyah baru sahaja tamat Foundation Stage 2 dan insyaAllah akan masuk Year 1 September ini (‘tahun baru’ persekolahan di sini bermula September). Azeem pula yang akan masuk ke Foundation Stage 2, insyaAllah
Musim panas di Dubai boleh dikatakan panas, di antara 33 deg C ke 44 deg C (anggaran kasar), dan kering. Maka, agak kurang sesuai untuk bawa anak2 melakukan aktiviti di luar rumah.
Maka saya perlu serba sedikit bantu mereka untuk melakukan aktiviti2 di dalam rumah, bagi mengelakkan mereka ‘melanguk’ di hadapan televisyen!
Summer Activity #1 Making Playdough!
Salah satu aktiviti yg kami telah buat ialah buat playdough sendiri! MasyaAllah senang rupanya! Dan tanpa kos kerana menggunakan bahan2 di dapur sahaja.
Saya mahu mereka buat sendiri playdough tersebut, dengan bantuan yang minima daripada saya, maka saya cari resipi playdough yang tidak perlu dimasak. Di bawah saya kongsikan langkah2 utk buat ye.
The Benefits
Sebelum saya kongsikan cara2 bagaimana membantu anak2 untuk buat playdough mereka sendiri, saya ingin berkongsi kenapa bermain playdough ini bagus untuk kanak2?
*Ini cuma berdasarkan pemerhatian saya sebagai ibu dan sedikit pembacaan, dan bukan kajian ilmiah yang rasmi. Sekiranya pembaca ingin mendapatkan terma dan konsep yang lebih tepat, saya sarankan untuk rujuk kepada buku2 rujukan ilmiah oleh mereka yang arif ye :)*
1. Membantu Perkembangan Fizikal – Motor Halus (termasuk skil menulis)
Untuk membolehkan anak2 mengawal pergerakan jari mereka dengan sempurna, otot halus di jari mereka perlu kuat. Skil ini berkembang secara perlahan2, sejak mereka lahir.
Dari sudut akademik, skil ini perlu untuk membolehkan anak menulis.
Kebiasaannya, sejak dahulu, latih tubi tulisan yang ‘berjela-jela’ diberikan untuk ‘melatih’ kanak2 menulis (teringat semasa saya masih kecil). SubhanAllah sebenarnya saya memang kurang bersetuju dengan kaedah sebegini kerana pada saya kaedah ini akan menimbulkan kebosanan dan menurunkan minat kanak2 untuk belajar.
Latihan menulis adalah perlu tetapi latihan yang ‘berjela-jela’ pada pendapat saya tidak perlu kerana banyak lagi aktiviti2 lain yang menyeronokkan yang boleh membantu menguatkan jari mereka.
Salah satunya main playdough! Dengan menggenggam, ‘melepekkan’, membentuk playdough atau apa sahaja yang mahu mereka buat dengan playdough tersebut, otot2 jari mereka ‘dilatih’ untuk menjadi kuat setiap hari. Perlahan-lahan.
2. Membantu Perkembangan Bahasa dan Interaksi
Saya perhatikan anak2 saya, semasa bermain playdough, mereka suka berinteraksi sesama sendiri.
Contohnya mereka akan ‘pretend‘ mereka di dalam restoran dan sedang menyiapkan makanan untuk pelanggan-pelanggan.
Saya lihat Azeem banyak belajar perkataan baru (dalam English) daripada kakaknya, Aleeyah semasa mereka sedang bermain. Satu ayat yang saya suka dengar masa Azeem sedang bermain ialah “No, thanks.” (suka sangat bila dia mula belajar guna perkataan2 sopan semasa sedang bermain).
Saya perhatikan di sekolah mereka, memang kanak2 awal usia ini banyak dibenarkan untuk ‘pretend play‘, bagi membantu perkembangan bahasa, skil sosial dan perkembangan emosi mereka.
Saya lihat di sekolah mereka, galakan dan usaha yang bersungguh2 diberikan untuk ‘pretend play‘
Saya nampak juga Aleeyah banyak ‘improve’ di dalam segi kebolehan untuk bergaul dengan rakan sebaya setelah beberapa bulan bersekolah. Alhamdulillah. Aleeyah sangat pemalu. Kanak2 yang secara semulajadi mempunyai kebolehan bersosial mungkin tiada masalah untuk menguasai skil ini, tetapi bagi Aleeyah, ia ambil masa. Maka saya amat hargai kaedah yang dapat meningkatkan keyakinan dirinya untuk bermain bersama kawan2 sebaya.
3. Merangsang Kebolehan Berimaginasi
Semasa ‘pretend play’ anak2 belajar untuk berimaginasi. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, contohnya mereka ‘imagine’ mereka berada di restoran. Kadang2 di sekolah. Atau apa sahaja situasi yang mereka bayangkan di dalam otak mereka.
Kanak-kanak memang suka berimaginasi! Apa sahaja boleh dijadikan alat untuk imaginasi mereka!
Yang paling menarik, mereka boleh berimaginasi bersama-sama!
Saya pernah terbaca di dalam sebuah buku bahawa salah satu aktiviti untuk merangsang ‘percantuman’ di dalam otak kanak2 ialah dengan menggalakkan mereka melakukan aktiviti yang memerlukan mereka berimaginasi.
‘Cantuman’ tertentu akan berlaku di dalam otak dan ‘tersedia’ untuk digunakan apabila mereka perlu menyelesaikan masalah yang lebih kompleks di masa hadapan.
4. Membantu Anak2 untuk Belajar ‘Mentransformasikan’ Idea kepada Bahan yang Nyata
Setiap bahan yang nyata, seperti contoh meja perlu di’imaginasi’kan di dalam otak manusia terlebih dahulu.
Biasanya dipanggil idea. Kemudian, daripada idea tersebut, insan tersebut akan mengumpulkan sumber2 yang juga difikirkan di dalam otak untuk merealisasikannya.
Ya, faktanya, bahkan bagi seorang dewasa, untuk merealisasikan idea kepada bahan yang nyata adalah mencabar.
Dan saya percaya apabila seseorang insan sudah terbiasa untuk berfikir secara sistematik dan menzahirkan apa yang difikirkan sejak kecil, ia dapat melatih insan tersebut untuk mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah yang kompleks.
Bermain dengan playdoh adalah di antara permainan yang dapat melatih anak2 kita untuk men’zahir’kan idea mereka. Ia bermula dengan cetusan idea, seperti contoh – “Saya hendak buat meja”. Kemudian mereka perlu membayangkan dan berfikir bagaimana hendak membina ‘meja’ tersebut dengan playdough (sebenarnya bukan langkah yang mudah untuk kanak2 yang kecil). Bagi kanak2 yang lebih besar sedikit, mereka mungkin boleh fikirkan sedikit ‘enhancement’ dan details dalam design mereka.
Dari Internet
Seterusnya, adalah ‘DO’. Merealisasikan imaginasi mereka menggunakan playdough. Dalam proses ‘membina’ atau selepas siap, secara automatik mereka selalunya akan improvekualiti hasil ciptaan mereka.
SubhanAllah, keseluruhan proses ini sama sahaja sepanjang hayat manusia, cuma berubah dari segi kerumitan atau complexity.
Saya pernah dengar, “What’s important for children is to learn how to think, not only being ‘loaded’ with information.”
Walaubagaimana, ‘knowledge‘ adalah penting kerana seperti di dalam Islam, tugas kita adalah untuk belajar ilmu (yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah), walaupun mungkin pada awalnya Allah tidak berikan kita kefahaman (contohnya apabila kita belajar tafsir satu potong ayat AlQuran), tetapi sekiranya Allah mahu, Dia akan bukakan kefahaman tersebut kepada kita. Tugas kita cuma terus mencari ilmu Islam, dengan panduan dan izin dari Allah.
Jadi, saya rasa pengumpulan fakta (selagi tidak bercanggah dengan AlQuran dan Sunnah) dan merangsang daya fikir perlu digalakkan untuk anak2.
Wallahualam, Allah knows the best. May Allah guide us.
5. Memperkenalkan Konsep ‘Measurement‘
Proses buat playdough ini ada melibatkan sedikit asas kiraan dan konsep ‘measurement‘ – contoh 1 cup, 1/2 cup. Konsep ringkas yang boleh dipelajari oleh anak2 saya yang berumur 5 tahun, 3 tahun dan setahun (walaupun masih tak faham).
6. It’s Fun
Ya, yang paling penting ialah mereka seronok! Jadi, saya perlu cari aktiviti yang mereka suka. Sukar untuk saya mendapatkan kerjasama mereka sekiranya sesebuah aktiviti itu tidak disukai mereka.
OK. Enough for theory and thoughts! Moh buat playdough!
Yeay! Kami Buat Playdough Sendiri, Mama!
Apabila saya rancang aktiviti untuk anak2, saya cuba untuk memilih aktiviti yang boleh mereka buat sendiri, dengan bantuan minima daripada saya. Selain saya boleh buat kerja rumah yang lain (Hehehe. Time is precious!), kanak2 sangat suka bila mereka dapat buat sendiri – they feel like “Hey, I can do what adults can do!”. Keyakinan diri dapat dipertingkatkan!
Ini resipinya:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1/2 cawan air
1/2 sudu makan minyak masak
Pewarna makanan
This is How We Did It!
1. Sukat garam – 1/2 cawan. Masukkan ke dalam ‘mixing bowl’.
2. Sukat tepung – 1 cawan. Masukkan ke dalam ‘mixing bowl‘.
3. Gaul adunan kering ini. Aqeel sangat teruja sampai dia campak sahaja roti yang dia sedang makan!
4. Sukat air -1/2 cawan. Masukkan sedikit pewarna makanan (warna ikut suka) ke dalam air dan kacau rata. Tuangkan ke dalam adunan kering.
5. Gaul! Mereka suka sgt part ni terutamanya Aqeel yang berusia 20 bulan.
6. Sukat minyak masak – 1/2 sudu makan. Masukkan ke dalam ‘mixing bowl’.
7. Gaul lagi! It’s fun! and TADAAA! Playdough dan siap!
9. Yeaahh! Apa lagi, moh main!
Saya dapati resipi ini senang untuk anak2 kecil saya buat sendiri. Dan nampak mereka sangat ‘hargai’ playdough tersebut, mungkin kerana hasil usaha mereka.. Hehehe.
Playdough ini dipanggil Salt playdough. Tekstur baik dan mudah dibentuk. Setakat ini tahan berhari2.
Satu kelemahan playdough jenis ini ialah mungkin kerana garamnya tidak dimasak, maka garam masih dlm bentuk ketulan garam yg asal, maka kdg2 terdpt serpihan garam. Maka saya beri satu peraturan tambahan – boleh main di satu kawasan sahaja (mini school mereka di rumah) dan gunakan playdough mat! (seperti dalam gambar terakhir)
Overall, anak2 dan saya suka!
Selamat mencuba ibu2 yang dikasihi sekalian!