• img707
  • img706
1

Bebas : Antologi Fiksyen Remaja

Regular price
RM 49.88
Sale price
RM 49.88
Regular price
RM 52.50
Worldwide shipping | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Worldwide shipping
Secure payments | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Secure payments
Authentic products | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Authentic products
Bebas : Antologi Fiksyen Remaja Ratings: 0 - 0 votes

Bebas : Antologi Fiksyen Remaja


pelengkap siri ketiga yang memuatkan 10 karya daripada penulis-penulis tanah air dengan tema-tema yang lebih bebas, yang tidak semestinya bersangkut-paut dengan isu Covid-19. Dengan bermulanya fasa warganegara Singapura menjalani kehidupan dalam suasana endemik, pasti keadaan lebih bebas daripada waktu bermulanya penularan Covid-19.


Karya-karya yang dimuatkan di dalam Bebas: Antologi Fiksyen Remaja beranggaran 400 hingga 2000 patah perkataan untuk pembaca remaja yang sudah bersedia untuk mengembangkan kosa kata, tatabahasa dan pemikiran mereka dalam bahasa Melayu.


Isu-isu yang diketengahkan dalam 10 karya ini bertemakan konflik sesama remaja dan keluarga seperti keyakinan diri (Berani Bersuara, Atiqah Zulkiflie), persahabatan dan pertelingkahan antara rakan sebaya (Pantang Dicabar!, Junaidah Baharawi), mengenal erti sepasukan (Tewas, Maria Mahat) dan cabaran penuaan di dalam keluarga (Cerah Selepas Kelam, Nur-El-Hudaa Jaffar). Selain konflik remaja, isu-isu sosial yang masih lagi bergelumang dalam masyarakat kita yang jarang diceritakan tetapi memerlukan perbincangan dan bimbingan (Sumbang, Umi Khamsa; Samseng, Kiambang Mas) dan dunia media sosial (Kepompong, Siti Marina Ajmain) untuk mengajak pembaca berfikir bersama-sama bagi mencari huraian, keadilan dan penyelesaian masalah.


Sebagai pendedahan minda kepada penulisan kreatif dan imaginatif, kami juga memuatkan cereka unsur detektif (Badut Jahat, Atikah Hakim), fiksyen sains (Janji Cakerawala, Zahra Alsagoff) dan fantasi (Oh, Tuxedo, Rubiyah Ghavs).


Setiap cerita diakhiri dengan glosari dan soalan pencetus perbincangan untuk membawa pembaca remaja ke anjakan minda yang lebih luas.


Paperback

Pages :24

Demensi (cm): 14 x 21.5 x 0.70

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings