• Detektif Gigi 080224-01 (1)
  • Yellow Modern Mystery Detective Movie Poster (1)
1

Detektif Gigi - dengan Kerjasama Fakulti Pergigian, UKM KL

Regular price
RM 150.00
Sale price
RM 150.00
Regular price
RM 150.00
Worldwide shipping | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Worldwide shipping
Secure payments | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Secure payments
Authentic products | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Authentic products
Detektif Gigi - dengan Kerjasama Fakulti Pergigian, UKM KL Ratings: 0 - 0 votes

🔎✨ Sertai Pengembaraan Sebagai Detektif Gigi! ✨🔍


Adakah adik-adik mempunyai minat terhadap sains atau misteri? Adik-adik suka dan tertarik dengan dunia yang penuh dengan teka-teki dan penemuan? Jika ya, kami memperkenalkan pengalaman unik yang tidak akan anda lupakan – "Terokai Dunia Forensik Gigi sebagai Detektif Gigi!"

Dalam pengalaman interaktif ini, adik-adik berusia 7 hingga 12 tahun akan dibawa masuk ke dalam dunia yang menarik dan misteri sebagai 'Forensic Odontologist' junior. Anda akan belajar bagaimana sains dapat membantu dalam menyelesaikan misteri melalui analisis gigi, sebuah cabang khusus dalam forensik yang seringkali menjadi kunci dalam kes jenayah atau kematian.


Apa yang Menanti Adik-adik:

🦷Aktiviti Pergigian Forensik: Pelajari sains mengenai DNA, Fingerprint, DPT Tracing, Evidence Search and Tooth Fitting dan alami sendiri pengalaman CSI  sebenar di Makmal Pergigian.

🦷Simulasi Kes Sebenar, Bite Mark: Terapkan ilmu yang dipelajari dalam menyelesaikan misteri menggunakan bukti gigi.

🦷Aktiviti Hands-On: Dapatkan peluang untuk menjadi detektif gigi, mengumpul dan menganalisis bukti sendiri. 

🦷Interaksi Langsung: Berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan pakar forensik gigi. Pengembaraan di tempat sebenar mereka bekerja. Yaa! Di dalam makmal mereka.



🎉 Jangan lepaskan peluang ini! Mari terokai dunia forensik gigi sambil meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah. Sertai Detektif Gigi hari ini dan bersiaplah untuk pengalaman yang akan mengubah cara anda melihat dunia!

📅 Tarikh: 20 Febuari 2023

📍 Lokasi: Fakulti Pergigian, UKM KL (Pengangkutan Sendiri)

⏰ Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang

  Pssttt.. Pada hari kejadian, adik-adik akan menjadi seorang detektif gigi! Kami akan sediakan kit detektif gigi: buku nota, tag nama detektif, magnifying glass dan sebagainya.
Yaaa.. seperti detektif yang sebenar!!

*Makanan dan minuman (minum pagi, makan tengahari, minum petang) akan disediakan.


Tempat adalah terhad, jadi pastikan anda mendaftar sekarang!

Jom sertai Detektif Gigi dan terokai misteri sang gigi! 🕵️‍♂️🦷🔍

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings